Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395524
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Setiyawan Gunardi | - |
dc.contributor.author | Hailani Muji Tahir | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-15T08:02:30Z | - |
dc.date.available | 2023-06-15T08:02:30Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:129876 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395524 | - |
dc.description.abstract | Muamalah merupakan salah satu bidang syariah Islam yang banyak diperlukan oleh manusia dalam menjalani kehidupan harian dan menyelesaikan permasalahan fiqqiyyah sama ada yang klasik ataupun kontempoteri, sekaligus menghadapi segala cabaran fiqh semasa yang disebabkan perkembangan zaman, perubahan masa dan perbezaan tempat. Apabila terdapat perbezaan pendapat di dalam perkara muamalah, maka rujukan perlu kembalikan kepada asalnya iaitu syariah Islam yang dijadikan sebagai pedoman dan sumber utama terhadap segala permasalahan. Namun yang demikian, segala perkara yang menjadi perdebatan di kalangan ulama merupakan hal yang biasa berlaku apatah lagi muamalah yang membahaskan perkara-perkara ijtihadi. Oleh itu, pendapat-pendapat yang mengandungi perbezaan pendapat ulama merupakan bukti keunggulan syariah dan kesempurnaannya dalam menyelesaikan segala isu-isu yang sedang hangat diperbincangkan. Salah satu perbahasan dalam bidang muamalah ini adalah sistem ekonomi dan kewangan Islam dengan pengenalan sektor retakaful dalam industri takaful. Perkara ini merupakan keperluan semasa yang amat penting bagi semua pihak, terutama sekali oleh pihak para pengusaha yang menjalankan syarikat perniagaan takaful atau para pengendali takaful. Sistem retakaful merupakan satu bentuk ijtihad dalam bidang muamalah yang dicetuskan pada zaman kini yang dilaksanakan dalam bentuk syarikat, ia sangat mempengaruhi pembangunan ekonomi dalam sesebuah kehidupan masyarakat dan negara. Retakaful merupakan pengagihan risiko kerugian antara pengendali takaful dan pihak syarikat retakaful dengan kadar bayaran caruman yang dipersetujui bersama dalam satu perjanjian. Hal ini disebabkan kekuatan syarikat takaful yang sedia ada tidaklah mencukupi untuk menangani satu kemungkinan wujudnya risiko kerugian yang besar yang akan berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, dalam usaha menangani permasalahan ini, maka para pengendali takaful perlu memindahkan sebahagian risiko. Pengendali takaful akan memindahkan sebahagian risiko yang ditakafulkan kepadanya kepada syarikat retakaful, ini dinamakan proses retakaful. Selain memindahkan risiko, proses ini juga untuk memantapkan dan memperbesarkan kumpulan wang takaful. Seterusnya, syarikat retakaful juga akan memindahkan risiko yang ditakafulkan oleh pengendali takaful kepada syarikat retakaful lainnya, yang dinamakan retrotakaful. Kesemua proses yang berjalan ini menggunakan prinsip dan kaedah yang sama sepertimana pengendali takaful mentakafulkan risiko yang diterima daripada para pencarum. Hal ini sangat perlu bagi mengelakkan syarikat retakaful menghadapi masalah tuntutan yang besar pada bila-bila masa dan juga bergantung kepada kewangan syarikat retakaful berkenaan. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | Fakulti Pengajian Islam, UKM | - |
dc.subject | Retakaful | - |
dc.subject | Kewangan Islam | - |
dc.subject | Industri takaful | - |
dc.subject | Retrotakaful | - |
dc.title | Retakaful dalam perspektif syariah dan hubungannya dengan pembangunan ekonomi dan kewangan Islam | - |
dc.type | Seminar Papers | - |
dc.format.pages | 1-10 p. | - |
dc.identifier.callno | DS35.62 .K637 2006 sem | - |
dc.contributor.conferencename | Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.coverage.conferencelocation | Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bandar Baru Bangi | - |
dc.date.conferencedate | 25/07/2006 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.