Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395507
Title: Aplikasi konsep library 2.0 dalam perkhidmatan dan pengurusan sumber maklumat elektronik
Authors: Salleh Hudin Mustaffa
Nurnasran Puteh
Conference Name: Seminar Kebangsaan Sumber Elektronik di Malaysia
Keywords: Perpustakaan konvensional
Katalog
OPAC
Library 2.0
Web 2.0
Sistem Komputer Perpustakaan
Conference Date: 20/12/2010
Conference Location: Bayview Beach Resort, Pulau Pinang
Abstract: OPAC merupakan perkhidmatan tradisi perpustakaan yang mengamalkan pendekatan komunikasi sehala. Begitu juga dengan perkhidmatan sumber maklumat elektronik yang ditawarkan oleh kebanyakan pembekal pangkalan data maklumat elektronik. Kertas ini akan membincangkan secara ringkas konsep dan aplikasi Web 2.0 dan Library 2.0 meliputi definisi, teknologi yang digunakan dan beberapa laman web yang mengaplikasikan konsep Web 2.0. Perpustakaan konvensional mengamalkan komunikasi maklumat sehala berbanding dengan konsep Library 2.0 yang menitikberatkan komunikasi maklumat berbagai hala. Library 2.0 memberikan keutamaan kepada pengguna perpustakaan untuk menyumbangkan pengalaman dan pandangan mereka terhadap koleksi dan perkhidmatan perpustakaan. Library 2.0 bolehlah dikatakan perkhidmatan perpustakaan dari perspektif pengguna dan boleh menarik minat pengguna untuk memperkayakan sumber maklumat. `Enhanced OPAC' juga dikenali OPAC 2.0 melibatkan perlaksanaan fungsi baru dalam sistem pencari maklumat, penggunaan teknologi terkini untuk pertukaran data, kandungan tambahan yang memberi penerangan lanjut berhubung dengan bahan dalam koleksi perpustakaan, berupaya menggunakan perkhidmatan pihak ketiga dan penggunaan aplikasi Web 2.0. Pengguna akan memperolehi maklumat yang lebih terperinci berkaitan bahan dalam koleksi perpustakaan dan juga boleh menyumbangkan pandangan mereka terhadap koleksi perpustakaan di masa hadapan. Kertas ini menerangkan konsep dan kaedah mengaplikasikan konsep Library 2.0 untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan OPAC dan memuaskan keperluan pengguna terutamanya generasi kini yang dikenali 'Net Generation'.
Call Number: ZA4150.S438 2010 sem
Publisher: Perpustakaan UniMAP dengan kerjasama MOLEC, Persatuan Pustakawan Malaysia (Kumpulan Utara)
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.