Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395494
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorFazida Hanim Hashim-
dc.contributor.authorWan Nasyrudin Wan Abdullah-
dc.date.accessioned2023-06-15T08:01:53Z-
dc.date.available2023-06-15T08:01:53Z-
dc.identifier.otherukmvital:129500-
dc.identifier.urihttp://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/395494-
dc.description.abstractIlmu pengetahuan secara amnya sentiasa mengalarni proses penemuan dan perkembangan terkini sepanjang zaman. Kitab al-Quran yang maha suci merupakan wahyu yang diturunkan Allah SWT kepada manusia sekalian alam yang sentiasa kekal releven sehingga ke hari kiamat. Seorang mukmin yang mempunyai asas pegangan tauhid yang kukuh akan sentiasa mencapai kepastian bahawa setiap ilmu adalah berpunca daripada Maha Pencipta, Allah SWT. Kertas kerja ini membincangkan satu contoh titik pertemuan yang menarik, dimana masalah kejuruteraan dan sains komputer diselesaikan menggunakan algoritma yang diinspirasikan daripada komunikasi koloni semut. Al-Quran al-Karim mengandungi ayat-ayat suci yang mengundang manusia untuk melihat kepada alam, termasuk haiwan-haiwan secara berkumpulan seperti semut, burung dan lebah. Burung seperti semut, merupakan haiwan yang sentiasa dikaji para saintis akan struktur organisasi kehidupan mereka yang kompleks secara berkumpulan. Semut di dalam al-Quran, mempunyai dialog atau percakapan sebagai asas komunikasi sesama mereka. Jelas bahawa terdapat satu sistem yang unik dan berkesan yang digunakan oleh koloni semut untuk mencapai kesepakatan. Algoritma optimasi koloni semut (ACO) telah pertama kali ditemui oleh seorang pakar komputer sains pada tahun 1992. Sebelum penemuan ini, para saintis telah mengkaji bagaimana semut berkomunikasi untuk mencari laluan terdekat daripada sumber makanan baru kepada sarang. Daripada kajian ini, didapati semut merembeskan suatu hormon bernama pheromone yang meninggalkan kepekatan yang berbeza untuk laluan dengan jarak yang berbeza. Daripada penernuan ini, ahli komputer sains tersebut merekacipta suatu algoritma yang menyerupai perilaku semut, untuk menyelesaikan masalah-masalah optimasi di dalam sains komputer mahupun kejuruteraan. Sebagai contoh, masalah kesesakan trafik merupakan masalah yang sukar untuk diselesaikan disebabkan oleh terlalu banyak pembolehubah yang sentiasa berubah, bertambah, atau berkurangan, yang masing-masing menyumbang kepada prestasi sistem secara dinamik. Para penyelidik menggunakan algoritma seperti algoritma semut (ACO) ini untuk menyelesaikan masalah trafik tersebut. Adalah bukan suatu kebetulan bahawa ayat mengenai semut di dalam al-Quran menggambarkan komunikasi di antara mereka. Wahyu dan sains tidak dapat dipisahkan, kerana setiap satu pengetahuan yang berkembang adalah berpunca daripada Allah SWT.-
dc.language.isomay-
dc.publisherInstitut Islam Hadhari (HADHARI), UKM bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), FPI UKM, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan-
dc.subjectKomunikasi semut-
dc.subjectSains kejuruteraan-
dc.subjectWahyu-
dc.subjectAlgoritma semut-
dc.titleKomunikasi semut: antara wahyu dan sains kejuruteraan-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages189-192 p.-
dc.identifier.callnoDS36.855.S446 2017 kat sem-
dc.contributor.conferencenameSeminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS)-
dc.coverage.conferencelocationInstitut Latihan Islam Malaysia-
dc.date.conferencedate14/11/2017-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.