Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395493
Title: | Tahap keprihatinan guru menerapkan unsur Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bahasa Arab berdasarkan model CBAM (Concern-Based Adoption Model) |
Authors: | Faizatul Nadia Mohd Tahir Harun Baharudin |
Conference Name: | Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) |
Keywords: | Tahap keprihatinan guru PdP Bahasa Arab Teknologi Maklumat Dan Komunikasi CBAM |
Conference Date: | 14/11/2017 |
Conference Location: | Institut Latihan Islam Malaysia |
Abstract: | Proses pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-2 1 menuntut para pendidik untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Penggunaan teknologi dan maklumat atau TMK bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh kerana itu, guru seharusnya mampu untuk menggunakannya secara berfikrah, terancang dan penggunaan TMK secara tidak langsung akan membantu dan mendorong kita untuk melakukan anjakan paradigma dalam proses PdP bahasa Arab. Sehubungan dengan itu, kesediaan dan keprihatinan guru amat penting bagi mencapai matlamat dalam pendidikan bahasa Arab. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keprihatinan guru bahasa Arab dalam menerapkan unsur TMK dalam PdP. Justeru, Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns- Based Adoption Model (CBAM) digunakan untuk mengenal pasti peringkat keprihatinan guru. Manakala objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap keprihatinan guru-guru bahasa Arab menerapkan unsur TMK dalam PdP bahasa Arab di sekolah kebangsaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif reka bentuk tinjauan. Responden seramai 50 orang guru bahasa Arab di sekolah kebangsaan sekitar zon selatan. Teknik pensampelan adalah secara rawak mudah. Pemilihan sampel ini berasaskan mereka yang telah diberikan kursus penerapan TMK dalam PdP bahasa Arab. Pengkaji menggunakan instrumen soaI selidik yang diadaptasi daripada instrumen sebenar CBAM. Data peringkat keprihatinan dianalisis dan dibentangkan menggunakan kaedah analisis diskriptif mudah iaitu skor peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Arab sangat prihatin terhadap tugas mereka. Nanum, terdapat segelintir guru kurang bekerjasama dengan guru lain bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan perubahan. |
Pages: | 183-188 p. |
Call Number: | DS36.855.S446 2017 kat sem |
Publisher: | Institut Islam Hadhari (HADHARI), UKM bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), FPI UKM, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.