Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395458
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMudasir Rosder-
dc.contributor.authorAhmad Munawar Ismail-
dc.date.accessioned2023-06-15T08:01:08Z-
dc.date.available2023-06-15T08:01:08Z-
dc.identifier.otherukmvital:129224-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395458-
dc.description.abstractPendidikan dalam Islam sangat luas dan bersepadu, merangkumi seluruh cara hidup manusia. Kurikulumnya datang daripada Allah s.w.t. Paksinya adalah akidah. Kandungannya merangkumi aspek-aspek seperti syariah (undang-undang) ibadah (pekerjaan), akhlak (tingkahlaku), sains, teknologi, sosiologi, politik, ekonomi dan lain-lain. Ia merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat dalam satu disiplin yang lengkap (Syed Qutb 1992). S.S. Hussain dan Syed Ali Ashraf (1989) menjelaskan, pendidikan dalam Islam memiliki keupayaan yang tidak terbatas dalam membangunkan jatidiri dan mengangkat darjat manusia ke tahap yang paling tinggi antara makhluk ciptaan Tuhan dan bagi Al-Attas (1987) pula, istilah yang paling tepat bagi mengambarkan konsep pendidikan dalam Islam adalah ta'dib kerana adab jelasnya merangkumi maksud ilmu dan amal sekaligus dan akhlak pula adalah tujuan pengetahuan. Ia melibatkan tindakan untuk mendisiplinkan jiwa dan fikiran daripada melakukan sebarang bentuk penyelewengan yang boleh membawa kepada kehilangan kehormatan. Jelasnya, pendidikan akidah Islam adalah satu proses mendidik dan melatih seluruh potensi yang wujud dalam diri manusia Islam dengan kerangka Islam yang bersepadu berasaskan prinsip-prinsip wahyu. Oieh kerana sifat pendidikan Islam ialah rnenyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah autoriti dan pengendalian al-Quran dan al-Sunnah, maka hujah-hujah rasional seperti keutamaan sains dan kecanggihan teknologi atau app sahaja yang diistilahkan sebagai suasana semasa seperti masyarakat bermaklumat, globalisasi atau pemurnian isme-isme yang lama atau yang baru, wajib disesuaikan dan direncanakan mengikut prinsip-prinsip pendidikan Islam yang asasnya adalah akidah Islam. Oleh kerana itu, objektif pendidikan akidah seharusnyaadalam membentuk manusia yang baik dalam ertikata memiliki akhlak yang terpuji, yang secara material dan spirituilnya insaf terhadap tanggungjawab dirinya kepada Tuhan Yang Hak, yang memiliki kekuasaan yang mutlak. Objektif ini sewajarnya menjadi objektif kelanjutan hidupnya dan membentuk manusia memahami dan menyelenggaraka penunaian keadilan terhadap dirinya dan diri-diri lain dalam masyarakatnya, yang terus adabi, iaitu insan yang sentiasa berusaha menanamkan kualiti kebaikan yang diterima dalam seluruh aspek kehidupan. pernyataan-pernyataan ini adalah berasaskan perjanjian ruhaniah yang telah dibuat secara kolektif antara manusia dengan Tuhannya sebelum individu dilengkapkan dengan bentuk jasmaniah, iaitu pengakuan manusia pada pertanyaan Allah, dalam surah al-A'raf ayat 172 yang bermaksud "Dan (ingatlah wahai Muhammd) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kaimat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".-
dc.language.isomay-
dc.publisherAkademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.-
dc.subjectSifat dua puluh-
dc.subjectPendidikan aqidah-
dc.subjectIslam-
dc.subjectMalaysia-
dc.titlePelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sifat dua puluh dalam pendidikan aqidah Islam di Malaysia-
dc.typeSeminar Papers-
dc.identifier.callnoBP166.14.A84S438 2010 sem-
dc.contributor.conferencenameSeminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)-
dc.coverage.conferencelocationAkademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.