Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395413
Title: | Siriban: ragam bahasa masyarakat Kadazan Dusun |
Authors: | Saidatul Nornis Hj. Mahali |
Conference Name: | Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu |
Keywords: | Siriban Kadazan Dusun |
Conference Date: | 29/08/2005 |
Abstract: | Cubalah bertanya kepada diri sendiri atau bertanya kepada semua orang, sama ada kita atau mereka pernah atau tidak pernah menyindir sepanjang hayat. Pasti jawaban yang diterima akan menggambarkan bahawa rencah kehidupan tidak lengkap sekiranya tidak memasukkan `rempah' sindiran. Sebelum bentuk-bentuk sindiran Kadazan Dusun diteliti, sebaiknya definisi bagi sindiran dilihat terlebih dahulu. Kamus Dewan (1997:1285) mencatatkan definisi bagi sindiran sebagai perkataan dan lain-lain yang digunakan untuk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dengan terus-terang, kiasan. Menurut Za'ba, bahasa sindiran ialah bahasa yang ditujukan kepada seseorang tetapi maksudnya tidak disebut dengan tepat, sebaliknya hanya disinggung dengan membuat kiasan sahaja atau ditujukan kepada perkara lain semata-mata kerana tidak suka menyebut perkara tersebut secara terang-terang. Bagi masyarakat Kadazan Dusun, sindiran lebih dikenali sebagai siriban. Berdasarkan susunan kata yang teratur dan menggunakan bahasa yang beragam, siriban dapat berperanan untuk menyedarkan individu yang disindir. Siriban dalam masyarakat ini tidak hanya digunakan oleh ahli-ahli masyarakat dalam kelompok dewasa sahaja, malah ia turut digunakan di kalangan remaja. Malah, kanak-kanak sekalipun tahu menggunakan ragam siriban. |
Pages: | 64-72 p. |
Call Number: | PL5061.S445 kat sem j.1 |
Publisher: | Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.