Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395409
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorIsmail Salleh-
dc.date.accessioned2023-06-15T08:00:08Z-
dc.date.available2023-06-15T08:00:08Z-
dc.identifier.otherukmvital:128613-
dc.identifier.urihttp://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/395409-
dc.description.abstractKejayaan pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Sabah bukan secara kebetulan. Kejayaan yang diterima ialah hasil daripada perjuangan gigih pelbagai pihak. Antaranya termasuklah tokoh kepimpinan politik, khasnya yang menerajui kerajaan negeri Sabah pada masa itu; juga peranan yang dimainkan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, dan masyarakat massa daripada pelbagai suku kaum di Sabah. Semua golongan ini dengan penuh iltizam, secara sederap mendukung cita-cita bersama dengan semangat patriotik yang kental dan utuh mahukan bahasa Melayu diberikan tempat yang utama dari segi penggunaanya di Sabah selaras dengan perlembagaan negara. Dengan itu, perjuangan dan permuafakatan yang padu rakyat Sabah dalam hal ini maka ruang dan peluang pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat cita-cita murni ini dapat diatasi dengan mudah. Dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara adalah termasuk salah satu daripada tuntutan 20 Perkara yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sabah dan Sarawak sebelum pembentukan Malaysia, dan dasar ini juga selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Sabah akan dilaksanakan selepas 10 tahun kemasukan Sabah dalam Malaysia tetapi dengan syarat mendapat persetujuan dan kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri Sabah. Dalam tempoh itu, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu boleh digunakan mengikut keperluan yang sewajarnya dalam sistem pentadbiran dan pendidikan di Sabah.-
dc.language.isomay-
dc.publisherPusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM-
dc.subjectSabah-
dc.subjectDasar Bahasa Kebangsaan-
dc.subjectBahasa Melayu-
dc.titleSabah dalam Malaysia: politik kebahasaan dan pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages138-152 p.-
dc.identifier.callnoPL5061.S445 kat sem j.1-
dc.contributor.conferencenameSeminar Antarabangsa Linguistik Melayu-
dc.date.conferencedate29/08/2005-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.