Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395406
Title: Pendidikan bahasa Melayu di Malaysia: satu penilaian
Authors: Zulkifley Hamid
Conference Name: Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu
Keywords: Masyarakat Melayu
Bahasa Melayu
Pendidikan bahasa Melayu
Conference Date: 29/08/2005
Abstract: Dalam kertas kerja ini, kita akan melihat betapa pentingnya bahasa Melayu dalam mengekalkan kelestarian dan keutuhan masyarakat Malaysia. Sebagai sebuah negara yang diwarnai oleh kepelbagaian dalam pelbagai aspek seperti agama, bangsa, bahasa, budaya dan sebagainya, sebuah alat atau mekanisma penyatu amat perlu bagi menjamin struktur masyarakat Malaysia terus utuh. Sebagai alat komunikasi utama di kalangan warganegara Malaysia, bahasa Melayu merupakan satu-satunya alat yang mampu menjadi penghubung yang dapat menanam rasa muhibah dan menghindarkan salah faham di kalangan rakyat. Atas dasar fungsinya sebagai alat penyatu, program pendidikan bahasa Melayu seharusnya dirancang dan dilaksana sebaik yang mungkin. Kertas kerja ini akan cuba menghuraikan dan membincangkan betapa pentingnya peranan bahasa Melayu sebagai alat penyatu. Seterusnya kita akan menilai apakah bentuk program pendidikan bahasa Melayu yang dirancangkan dan dilaksanakan di Malaysia sekarang dapat membentuk penutur yang memiliki pengetahuan bahasa Melayu yang cukup dan seimbang untuk membolehkan mereka menjadi pengguna bahasa Melayu yang baik.
Pages: 177-189 p.
Call Number: PL5061.S445 kat sem j.1
Publisher: Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.