Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395401
Title: Kerajaan dan Kesultanan Melayu di Nusantara - evolusi institusi raja
Authors: Zainal Kling
Conference Name: Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu Nusantara : Sejarah dan Warisan
Keywords: Ibn Khaldun
Melayu
Nusantara
Conference Date: 08/05/2005
Conference Location: Hotel Istana, Kuantan Pahang Darul Makmur
Abstract: Pada tahun 779 Hijriah (1377 M) sejarawan masyhur Islam, Abd-ar-Rahman bin Muhammad Khaldun al-Hadrami, lebih terkenal sebagai ibn Khaldun, selesai memaktubkan siri kitab agung sejarah dunia. Dalam Mukaddimahnya Ibn Khaldun membicarakan kaedah ilmiah sejarah yang disifatkan bahawa: "Suatu hal yang harus diketahui ialah bahawa sejarah, suatu hakikatnya, adalah maklumat tentang organisasi sosial manusia." Gagasan sejarah Ibnu Khaldun yang menegaskan intisari pengertian itu sebagai "organisasi sosial' membuka kesempatan untuk kita mengamati sebuah institusi teras dalam sistem sosial Melayu, yakni sistem raja dan kerajaan. Tumpuan perhatian kita bukan kepada 'kerajaan' sebagai suatu bentuk sistem pemerintahan ataupun pentadbiran negara berbanding dengan sistem-sistem lain tetapi kepada institusi asas dalam sistem kenegaraan dan pemerintahan itu, yakni institusi raja. Institusi raja dan sultan mesti diiktiraf sebagai suatu institusi teras dan pusat dalam kewujudan sistem pemerintahan Melayu/Nusantara dan menjadi institusi penyambung sejarah yang berterusan hingga kini.
Pages: 791-837 p.
Call Number: JC375.S453 2005 sem j.5
Publisher: Lembaga Muzium Negeri Pahang dan kerjasama ATMA, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.