Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395387
Title: Institusi Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan sejarah dan adat istiadat
Authors: Nadzan Haron
Conference Name: Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu Nusantara : Sejarah dan Warisan
Keywords: Yang DiPertuan Besar
Negeri Sembilan
Adat istiadat
Adat Perpatih
Conference Date: 08/05/2005
Conference Location: Hotel Istana, Kuantan Pahang Darul Makmur
Abstract: Institusi Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan atau Yamtuan adalah unik berbanding dengan institusi Raja-Raja Melayu yang lain. Terdapat perbezaan yang agak nyata dan segi sejarah pembentukannya, gelaran yang digunapakai, segi bidang kuasa yang dinikmati, sistem perwarisannya dan adat istiadat yang diamalkan. Wujudnya perbezaan ini adalah dicorakkan oleh latar belakang sejarah pembentukan negeri dan sistem sosial, ekonomi dan politik yang diamalkan oleh masyarakat yang mewujudkan institusi raja itu. Institusi raja bagi Negeri Sembilan menggunakan gelaran Yang DiPertuan Besar dan tidak gelaran Sultan atau Raja seperti negeri-negeri Melayu lain. Sistem perwarisannya adalah berasaskan prinsip dan falsafah Adat Perpatih, iaitu pemilihan berasaskan muafakat dan kebulatan dan tidak mengikut warisan daripada bapa kepada anak lelaki tertua seperti diamalkan oleh Raja-Raja Melayu sejak zaman Kesultanan Melaka. Manakala dari segi bidangkuasa dan kewibawaan keatas Negeri Sembilan Yamtuan tidak mempunyai kedudukan yang sama seperti seorang Sultan yang mempunyai kuasa legislative, kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman keatas kerajaan negerinya. Kertas kerja ini cuba menjelaskan kedudukan Yang DiPertuan Besar sebagai Raja bagi Negeri Sembilan dengan melihat sejarah yang dilalui oleh institusi itu, kedudukan baginda dalam sistem tradisional, adat istiadat yang berkaitan serta perubahan yang dialami semasa dan sesudah penamatan kuasa British di Tanah Melayu.
Pages: 328-358 p.
Call Number: JC375.S453 2005 sem j.3
Publisher: Lembaga Muzium Negeri Pahang dan kerjasama ATMA, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.