Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395385
Title: Kesultanan Kedah - salasilah dan pemerintahannya
Authors: Mohd. Isa Othman
Conference Name: Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu Nusantara : Sejarah dan Warisan
Keywords: Kesultanan Kedah
Lembah Sungai Muda
Conference Date: 08/05/2005
Conference Location: Hotel Istana, Kuantan Pahang Darul Makmur
Abstract: Sejarah awal pembentukan negeri dan kesultanan Kedah masih bersifat spekulatif terutama dalam soal asal usulnya. Di Kedah, proses pembentukan negeri bermula dengan pembentukan kerajaan pelabuhan, di Lembah Sungai Muda selewatnya pada abad ke-5 Masihi (Nik Hassan Shuhaimi, 1988:11-27). Pada peringkat ini, Kedah dianggap sebagai kota pelabuhan, dan ini dibuktikan daripada sumber-sumber Arab-Parsi, China dan India. Nama-nama Kedah tulis menurut bahasa pencatat atau penulisnya. Walau bagaimanapun ini membuktikan kewujudan Kedah dan menunjukkan peranannya penting di peringkat perdagangan antarabangsa. Kota pelabuhan ini pastinya ditadbir oleh institusi pentadbirannya yang tersendiri bagi memenuhi kepentingan rakyat tempatan dan perdagangan asing. Pada peringkat awal Kedah menerima pengaruh politik serantau dari Funan dan kemudiannya Srivijaya. Pengaruh Hindu-Buddha dari India turut berperanan dalam pemantapan institusi politik dan pemerintahan tempatan. Kemasukan Islam kemudiannya mengubah institusi tersebut kepada bentuk yang lebih mantap dan berterusan hingga kini.
Pages: 259-277 p.
Call Number: JC375.S453 2005 sem j.2
Publisher: Lembaga Muzium Negeri Pahang dan kerjsama ATMA, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.