Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395382
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorAbdul Latif Haji Ibrahim-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:59:41Z-
dc.date.available2023-06-15T07:59:41Z-
dc.identifier.otherukmvital:127404-
dc.identifier.urihttp://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/395382-
dc.description.abstractAlam Melayu telah membina kebudayaan atau tamadunnya sendiri yang menyumbang kepada tamadun dunia. Paksi kepada ketamadunan Melayu itu adalah terletak kepada tiga perkara: institusi kesultanan, kebudayaan dan bangsa Melayu serta agama Islam. Kedatangan agama Islam telah mengubah persepsi dewa-raja yang diwarisi daripada agama Hindu kepada raja yang menjadi khalifah atau wakil Allah di bumi. Sementara kebudayaan Melayu, termasuk adat istiadat masih diwarisi sehingga hari ini dengan diubahsuai menurut keperluan agama Islam. Kebebasan, keamanan serta kekuasaan yang dimiliki oleh banyak kesultanan di alam Melayu telah mulai terancam dan terhakis dengan kemasukan kuasa Barat: Belanda menguasai Indonesia; Sepanyol menguasai Filipina; Inggeris menguasai Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Brunei Darussalam. Yang jelas dengan kedatangan kuasa Barat ini telah memberi kesan yang negatif terhadap sistem politik Melayu tradisional, iaitu institusi kesultanan Melayu. Di Indonesia dan Filipina, institusi kesultanan hanya tinggal pada nama. Di Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia), institusi kesultanan telah bertukar menjadi raja berperlembagaan, sementara hanya Negara Brunei Darussalam dapat mengekalkan kedudukan kesultanannya dalam zarnan moden ini sebagai kesultanan Melayu mengikut politik tradisional, di mana raja mempunyai kuasa tertinggi memerintah. Walaupun ada sejarawan yang menyatakan bahawa konsep ???beraja mutlak' (absolute monarchy) bukan suatu yang unik kerana sistem tersebut banyak terdapat di negara-negara Teluk Arab, namun kewujudan dan kejatuhan sistem beraja mutlak di Alam Melayu adalah berbeza dengan yang terdapat di Teluk Arab.-
dc.language.isoeng-
dc.publisherLembaga Muzium Negeri Pahang dan ATMA, UKM-
dc.subjectAlam Melayu-
dc.subjectBrunei-
dc.subjectInstitusi kesultanan-
dc.subjectTamadun Melayu-
dc.titleKesultanan Melayu Brunei Darussalam : kesinambungan dan cabaran-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages92-122 p.-
dc.identifier.callnoJC375.S453 2005 sem j.1-
dc.contributor.conferencenameSeminar Antarabangsa Kesultanan Melayu Nusantara : Sejarah dan Warisan-
dc.coverage.conferencelocationHotel Istana, Kuantan Pahang Darul Makmur-
dc.date.conferencedate08/05/2005-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.