Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395047
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorHanapi Dollah-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:54:17Z-
dc.date.available2023-06-15T07:54:17Z-
dc.identifier.otherukmvital:122784-
dc.identifier.urihttp://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/395047-
dc.description.abstractOrang Laut atau disebut juga Orang Kuala dikategorikan sebagai Orang Asli dari suku kaum Melayu Proto. Di Malaysia, kebanyakan Orang Laut terdapat di Daerah Batu Pahat dan Pontian, Johor. Sebahagiannya telah berpindah ke Kota Tinggi dalam penempatan baru tanah rancangan Felcra. Mereka juga terdapat di kepulauan Riau dan pantai Sumatera yang berhadapan dengannya. Dari sejarah mereka sudah pun mempunyai tamadun kelautan yang maju sehingga mampu memberi perlindungan kepada Parameswara ketika putera raja itu melarikan diri ke Temasik sebagaimana yang diceritakan oleh Sejarah Melayu. Bagaimanapun, dalam perkembangan peradaban Melayu pada abad-abad seterusnya, mereka terpinggir. Proses peminggiran itu terus berlaku sehinggalah sekarang meskipun negara ini mengalami pembangunan yang bertaraf dunia. Kertas kerja ini akan membincangkan asal usul Orang Laut, proses peminggirannya dari beberapa segi seperti perkembangan ekonomi moden; pergolakan politik tradisional Melayu seperti perebutan kuasa antara Melayu dengan Bugis, kemasukan kolonial; dan kedudukan sosial mereka dalam hierarki masyarakat Melayu. Citra dan jati diri mereka dalam konteks peradaban Melayu juga turut dibicarakan. Kertas kerja ini didasarkan kepada penemuan kajian yang dilakukan di bawah projek IRPA 2002-2003 yang bertajuk Tradisi Lisan Masyarakat Orang Asli.-
dc.language.isomay-
dc.publisherInternational Institute for Asian Studies,Perak-
dc.subjectOrang laut-
dc.subjectTamadun Melayu-
dc.subjectOrang Kuala-
dc.subjectOrang Asli-
dc.subjectSejarah Melayu-
dc.subjectTradisi Lisan Masyarakat Orang Asli-
dc.titleOrang laut dalam peralihan tamadun Melayu-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages16 p.-
dc.identifier.callnoDS570.M3.P47 2004 sem.-
dc.contributor.conferencenamePersidangan Antarabangsa Peradaban Melayu II-
dc.coverage.conferencelocationTanjung Malim-
dc.date.conferencedate26/02/2004-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.