Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395046
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorJalaluddin Abdul Malek-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:54:15Z-
dc.date.available2023-06-15T07:54:15Z-
dc.identifier.otherukmvital:122783-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395046-
dc.description.abstractIstilah homogeniti 'Melayu' merupakan nama yang berasal dari proses perbandaran kerajaan Kesultanan Melaka yang wujud bila Parameswara dari Sungai Melayu Bukit Saguntang Palembang membuka Melaka menjadi sebuah pertempatan dan kota interport. Sebelum ini 'Bangsa Melayu' itu dikenali dengan etnik seperti Jawa, Mandalin, Riau, Aceh dan sebagainya. Kesan daripada kepesatan perkotaan Kesultanan Melayu Melaka waktu itu bermakna orang-orang Melayu memang mampu membina bandar interport dan menguruskannya sendiri. Tetapi semasa zaman kolonial, 'Melayu' itu terpinggir dalam arus perbandaran akibat dasar pecah dan perintah oleh penjajah. Bangsa pendatang mengambil alih aktiviti perbandaran di Tanah Melayu kerana kegiatan perlombongan, perniagaan dan perladangan berkembang pesat di sekitar bandar atas dasar kepentingan mereka. Setelah paska Merdeka, 'Melayu' kembali menduduki bandar-bandar dengan proses migrasi desa ke bandar melalui Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan kini Dasar Pembangunan Wawasan (2001-2010). Hasil perlaksanaan dasar-dasar tadi bertambah golongan kelas menengah 'Melayu' yang tinggal di bandar-bandar akibat perkembangan perindustrian hingga ke era paska perindustrian kini. Sehingga kini 'Melayu' yang tinggal di bandar-bandar semakin bertambah malah telah ada pihak berkuasa tempatan menamakan bandar seperti Bandaraya Melayu Bestari Shah Alam atas alasan mempunyai majoriti penduduk 'Melayu'. Walau bagaimanapun perbincangan ini tidak akan menyentuh bagaimana kehidupan 'Melayu' bandar semasa era perindustrian, tetapi menyentuh bagaimana pemikiran 'Melayu' bandar di era paska perindustrian khususnya akibat perkembangan teknologi maklumat. Bandar-bandar era paska perindustrian diwujudkan dengan nama seperti 'intelligent cities', bandar pintar, bandar maya dan 'technopolis'. Nama-nama bandar tadi hasil daripada kepesatan aplikasi infrastruktur ICTs (Information and communication technology) yang menjadi asas pembangunan bandar demi merealisasikan konsep seperti kerajaan elektronik, teleperubatan, sistem perdagangan elektronik dan sebagainya. Antara contoh yang terkini ialah Bandar Pintar Putrajaya dan Bandar Pintar Cyberjaya. Justeru itu, istilah 'pemikiran perbandaran' era perindustrian yang dipanggil 'urbanisme' telah bertukar kepada Cyberurbanisme' dengan perkembangan ICTs yang menjadi sosio-budaya dan sosio-teknologi kepada penduduk bandar pintar di era paska perindustrian. Hal ini bersesuaian dengan adanya ICTs maka berkembangnya penggunaan reruang siber melalui ICTs tadi di bandar pintar. Persoalannya bagaimana keadaan penerimaan Melayu' yang mendiami bandar-bandar jenis ini? Apakah pemikiran 'Cyberurbanisme' mereka tentang penerimaan konsep bandar pintar? Adakah sesuai dengan hati budi dan budaya mereka? Perbincangan ini cuba mengupas pandangan sanubari mereka dalam bentuk analisis dialog, etika dan pandangan estetika mereka terhadap perkembangan bandar pintar khususnya yang mendiami kawasan Bandar Pintar, Bandar Taman Putrajaya.-
dc.language.isomay-
dc.publisherInternational Institute for Asian Studies,Perak-
dc.subjectCyberurbanisme-
dc.subjectBudaya pemikiran Melayu-
dc.subjectBandar pintar-
dc.subjectParameswara-
dc.subjectSungai Melayu Bukit Saguntang Palembang-
dc.subjectBangsa Melayu-
dc.titleCyberurbanisme budaya pemikiran Melayu bandar pintar-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages24 p.-
dc.identifier.callnoDS570.M3.P47 2004 sem.-
dc.contributor.conferencenamePersidangan Antarabangsa Peradaban Melayu II-
dc.coverage.conferencelocationTanjung Malim-
dc.date.conferencedate26/02/2004-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.