Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394414
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorSalmah Ahmad-
dc.contributor.authorMohd Syukri Yeoh Bin Abdullah-
dc.contributor.authorMaheram Ahmad-
dc.contributor.authorWan Nasyrudin Wan Abdullah-
dc.contributor.authorHanafi Dollah-
dc.contributor.authorOthman Talib-
dc.contributor.authorMuammar Ghaddafi Hanafiah-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:45:52Z-
dc.date.available2023-06-15T07:45:52Z-
dc.identifier.otherukmvital:114675-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394414-
dc.description.abstractJaringan antara ulama Melayu dengan ulama Haramayn telah terjalin semenjak Islam tersebar di Alam Melayu. Hasil daripada kegiatan Islamisasi ini munculah pada awal abad kelima Hijrah (abad ke-ll Masihi) pelbagai pusat dakwah dan pengajian kitab yang berkiblatkan Haramayn pusat ilmu pengetahuan agama. Hubungan ini berterusan ke abad 17 Masihi. Ramai ulama Haramayn turut memberi sumbangan dakwah dan keilmuan ke Alam Melayu, antara mereka ialah Shaykh Ahmad al-Qushashi. Beliau berjaya menghasilkan lebih kurang 78 buah karya dalam bidang akidah dan tasawuf seperti al-simt al-majid, al-durrah al-thaminah, al-thana' al-manzum, daw' al-halah fi ism hua wa al-jalalah, dan wasiyah li al-awlad wa al-bariyyah. Karya beliau disusun dalam bentuk prosa dan puisi Arab. Pemikiran Ahmad al-Qushashi telah mempengaruhi ramai ulama di Alam Melayu. Seperti Shaykh Abdul Rauf Singkil, Shaykh Daud al-Fatani, Shaykh Ahmad al-Fatani, Tok Pulau Manis dan lain-lain. Hal ini membentuk jatidiri kehidupan masyarakat Melayu dan menjadi panduan kepada generasi Islam Hari ini. Dalam projek yang akan dijalankan ini, kajian akan melakukan dua kegiatan utama iaitu pengumpulan semua karya Shaykh Ahmad al-Qushashi di lapangan seperti Syria, Jordan, Mesir dan Dubai. Kemudian dianalisis dengan melihat pemikiran dan amalannya yang mempengaruhi ulama Melayu terutama di Semenanjung Malaysia. Antara 3 atau 5 ulama Melayu dipilih sebagai sampel untuk dilihat pengaruh pemikiran Shaykh al-Qushashi terhadap pemikiran mereka. Kegiatan kedua ialah pemerhatian dan temubual sekitar 20 orang terdiri daripada guru agama dan imam-imam di kawasan pondok-pondok pengajian, surau, madrasah dan masjid di Malaysia untuk melihat pengaruh Shaykh al-Qushashi dalam penghayatan mereka. Di samping melihat sumbangan karya beliau dalam pembentukan jatidiri Melayu sebagai umat Islam di Alam Melayu. Kajian turut memfokuskan kepada silsilah pengambilan ilmu dan amalan diseluruh Nusantara terutamanya di Malaysia dan mengemukakan satu modul pembinaan jatidiri rohani umat Melayu Malaysia.-
dc.language.isomay-
dc.publisherBangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi-
dc.subjectMelayu Malaysia-
dc.subjectJatidiri rohani-
dc.subjectShaykh al-Qushashi-
dc.subjectUlama Melayu-
dc.titleJatidiri Melayu dalam karya-karya Shaykh Ahmad Al-Qushashi-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages312-318 p.-
dc.identifier.callnoQ180.55.G7 S445 2010 kat sem-
dc.contributor.conferencenameSeminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi-
dc.date.conferencedate22/01/2010-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.