Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394407
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorZaharani Ahmad-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:45:47Z-
dc.date.available2023-06-15T07:45:47Z-
dc.identifier.otherukmvital:114668-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394407-
dc.description.abstractKajian ini meneliti dan menghuraikan penyerapan elemen linguistik asing dan kesannya pada perkembangan bahasa Melayu. Penyerapan ini berlaku apabila bahasa Melayu meminjam kata-kata daripada bahasa asing, seperti bahasa Arab, Inggeris, China, Sanskrit, portugis dan lain-lain. Dari sudut linguistik, apabila kata-kata asing meresap masuk ke dalam bahasa natif, maka dua fenomena kebahasaan akan berlaku. Pertama, kata-kata asing itu akan mengalami proses penyesuaian, perubahan dan pemodifikasian agar bentuk dan struktur representasinya menepati atau sekurang??-kurangnya mendekati sistem nahu bahasa natif yang sedia ada. Kedua, kata-kata asing ini akan mempertahan dan mengekalkan ciri-ciri linguistik bahasa asalnya, dan ini membawa satu inovasi dalam sistem kebahasaan bahasa penerima. Kedua-dua keadaan ini akan memberi kesan positif dan juga negatif ke atas perkembangan bahasa Melayu. Kebanyakan kajian tentang pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu, khususnya kata pinjaman, lebih tertumpu pada kerja penyenaraian dan pengelompokan. Dalam kajian tersebut pengkaji mengelompokkan kata-kata itu kepada kelas-kelas tertentu dan diikuti dengan penyenaraian kata menurut susunan abjad. Antara bahasa asing yang pernah dikaji termasuklah bahasa Arab (Hamdan 1972, Beg 1979, Amran 1987), China (Kong 1992, 1993, 1997; Mashudi dan Yeong 1989), bahasa Parsi dan Turki (Beg 1981) dan bahasa Sanskrit (Khalid 1978, Beg 1989, Ma'aroff 2004). Kajian penyenaraian tanpa analisis linguistik yang mendalam hanya menggambarkan perkembangan dari sudut penambahan kosa kata, tetapi tidak memperlihatkan kesan dan pengaruh kata asing tersebut ke atas sistem tatabahasa bahasa Melayu, khususnya dalam bidang fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sehubungan itu, sebagai usaha menambah kosa ilmu yang sedia ada, kajian ini akan menghurai dan menjelaskan ciri-ciri linguistik asing daripada bahasa Arab, Inggeris, China, dan Sanskrit yang menyerap masuk bersama kata pinjaman dan kesannya pada perkembangan bahasa Melayu. Penghuraian ini meliputi aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik, dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan eklektik yang menerapkan teori generatif, relevan, dan kognitif.-
dc.language.isomay-
dc.publisherBangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi-
dc.subjectElemen linguistik asing-
dc.subjectBahasa Melayu-
dc.titlePenyerapan elemen linguistik asing dan kesannya pada perkembangan Bahasa Melayu-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages323-327 p.-
dc.identifier.callnoQ180.55.G7 S445 2010 kat sem-
dc.contributor.conferencenameSeminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi-
dc.date.conferencedate22/01/2010-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.