Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394326
Title: Kajian warisan sejarah masyarakat di Pulau Langkawi
Authors: Mohd Samsudin
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Pulau Langkawi
Warisan Sejarah
warisan sejarah
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Pulau Langkawi yang mendapat pengiktrirafan sebagai Geopark ke 52 dunia merupakan sebuah pulau yang mempunyai kekayaan khazanah mukabumi dan penduduk dalam pelbagai aspek. Tinjauan awal yang dilakukan mendapati walaupun pulau ini mempunyai nilai-nilai sejarah masyarakatnya tetapi bidang ini masih belum dibangunkan sepenuhnya. Pengumpulan warisan sejarah Langkawi akan melengkapkan taraf Geopark pulau ini. Kajian ini bertujuan mengumpulkan sebanyak mungkin sejarah perkembangan masyarakat dan pertempatan di Pulau Langkawi melalui sumber-sumber Iisan, dokumen dan artifak. Penyelidikan akan menggunakan kaedah kajian lapangan berbentuk sejarah lisan atau temubual berfokus dan pemerhatian di kawasan kajian. Kajian dibahagikan kepada tiga tahap iaitu yang pertama mengumpul bahan, kedua memproses atau menganalisa bahan dan ketiga menghasilkan laporan dan dokumentari. Objektif penyelidikan ialah untuk mengkaji perkembangan budaya masyarakat tertumpu mengenai sejarah awal Pulau Langkawi, asal usul sejarah pertempatan/perbandaran, mengumpul warisan sejarah pulau ini melalui tradisi sejarah lisan. Hasilnya akan dibuku, seminar dan disedia dalam bentuk dokumentari filem/dvd. Selain itu hasil kajian menyumbang kepada koleksi penyelidikan dan bahan-bahan warisan bagi kepentingan Geopark pulau ini serta membantu memberikan cadangan kepada pihak berkuasa Pulau Langkawi mempamerkan khazanah sejarah dan budaya sebagai tarikan pelancong. Aktiviti mengumpulkan sumber melibatkan kajian rintis, kajian lapangan, kajian perpustakaan, bengkel/seminar dan penerbitan buku.
Pages: 766-770 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.