Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394298
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Shahrul Azman Mohd. Noah | - |
dc.contributor.author | Yazrina Yahya | - |
dc.contributor.author | Maryati Mohamd Yusof | - |
dc.contributor.author | Junaidah Mohd Kassim | - |
dc.contributor.author | Zuraidah Abdullah | - |
dc.contributor.author | Nazlia Omar | - |
dc.contributor.author | Mohd Juzaidin Abdul Aziz | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-15T07:44:43Z | - |
dc.date.available | 2023-06-15T07:44:43Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110119 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394298 | - |
dc.description.abstract | Penggunaan perpustakaan digital dalam dekad terdahulu adalah di luar jangkaan. Perpustakaan digital membenarkan capaian remote terhadap artikel, kertas jurnal dan buku oleh ramai pengguna untuk dokumen sama dan pada masa yang sama. Pengguna berkeupayaan untuk mendapatkan maklumat spesifik dengan pantas melalui penggunaan enjin gelintar dalam perpustakaan digital berbanding perpustakaan fizikal. Walau bagaimanapun, cabaran tetap ada jika kemampuan sebenar perpustakaan digital hendak direalisasikan. Kebolehan operasi antara pelbagai perpustakaan atau pusat sumber, malahan antara koleksi bahan berbeza untuk perpustakaan digital yang sama merupakan antara masalah utama. Skema pangkalan data berbeza digunakan oleh pelbagai perpustakaan digital pada paras semantik juga dilihat sebagai satu cabaran. Carian dan capaian memerlukan kaedah yang lebih mudah, sebahagiannya dengan membenarkan setiap pengguna memperoleh pandangan menyeluruh penamaan objek digital melangkaui pelbagai perpustakaan. Antara muka pengguna perlu diperbaiki khususnya melibatkan koleksi maklumat yang besar. Perpustakaan sentiasa menjadi inspirasi untuk piawaian dan teknologi melalui aktiviti pembangunan web semantik: perpustakaan dan komuniti perpustakaan digital menggunakan skema pengelasan, taksonomi dan tesaurus; yang mana komponen ini berkait rapat dengan ontologi. Pada lewat 90an, Dublin Core Metadata Initiative ditugaskan untuk menspesifikasi format metadata untuk bibliografi yang bersifat mudah guna dengan mempertimbangkan aspek pemprosesan semantik. Walau bagaimanapun, teknologi web semantik tidak digunakan dan seterusnya dibangunkan oleh majoriti perpustakaan digital sehinggakan komuniti serta teknologi web semantik dan perpustakaan digital saling tidak berkaitan. Sehubungan dengan itu, projek ini bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan perpustakaan digital dengan mempertimbangkan teknologi semantik. Skop kajian adalah terhadap tesis/disertasi akademik tetapi boleh dikembangkan untuk aset digital lain. Projek penyelidikan ini mengumpulkan penyelidik daripada pelbagai disiplin khususnya dalam bidang perwakilan pengetahuan, pangkalan data, sains perpustakaan, pemprosesan bahasa tabii dan sistem maklumat. Projek ini mewakili tiga penyelidikan utama iaitu: kejuruteraan ontology dan carian semantik; kandungan semantik perpustakaan digital serta interoperability semantik. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi | - |
dc.subject | Perpustakaan Digital | - |
dc.subject | Web Semantik | - |
dc.title | Semantic digital library for academic institution | - |
dc.type | Seminar Papers | - |
dc.format.pages | 550-556 p. | - |
dc.identifier.callno | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem | - |
dc.contributor.conferencename | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP | - |
dc.coverage.conferencelocation | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi | - |
dc.date.conferencedate | 22/01/2010 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.