Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394280
Title: Merekabentuk dan membangunkan modul untuk mendidik kanak-kanak Autis
Authors: Hasnah Toran
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Kanak-kanak Autisma
Modul Pendidikan Khas
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Autisma adalah satu kekurangupayaan yang mendatangkan impak yang teruk ke atas perkembangan dimana penghidapnya memerlukan penjagaan untuk jangka masa sepanjang hayat. Ia biasanya didiagnos dalam tiga tahun terawal selepas kelahiran. Sebelum menjalani rawatan, kanak-kanak autisma mempamerkan pola-pola perkembangan yang berbeza berbanding kanak?? kanak normal. Kebiasaannya, mereka yang mengalami kekurangupayaan jenis ini mengalami masalah dalam komunikasi, sosial dan mereka tidak bertindakbalas terhadap sentuhan, rasa, pandangan, atau bunyi seperti rakan sebaya mereka. Kanak-kanak autisma mempamerkan disfungsi tindakbalas yang ketara, termasuk pergerakan yang stereotipikal, mempunyai masalah tingkah laku, dan kadang kala mencederakan diri sendiri. Walaupun punca autisma masih belum diketahui dengan jelas, namun terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa ia mungkin disebabkan oleh pelbagai punca; seperti faktor-faktor genetik, gangguan terhadap perkembangan otak disebabkan oleh masalah kesihatan ibu semasa mengandung atau semasa bersalin, atau ibu bapa dan anak-anak terdedah kepada bahan kimia bertoksik. Oleh kerana punca autisma masih belum difahami dengan baik, langkah pencegahan belum dapat dikenalpasti. Walaubagaimana pun, kajian-kajian telah menghasilkan dapatan yang signifikan bahawa penggunaan teknologi analisis tingkahlaku gunaan boleh membantu kanak-kanak yang mengalami autisma untuk membesar menjadi individu yang produktif dan meningkatkan kualiti hidup keluarga mereka, terutamanya apabila intervensi dimulakan lebih awal. Kajian terkini menunjukkan bahawa 1 dalam 150 kanak-kanak mungkin adalah penghidap autisma. Ini adalah suatu peningkatan yang besar jika dibandingkan dengan anggaran yang dibuat pada tahun 1990-an, iaitu 4 atau 5 dalam 10,000 kanak-kanak. National Center on Birth Defects and Developmental Disabilities di U.S. (NCBDDD) menganggarkan bahawa kos pendidikan khas bagi kanak-kanak autisma adalah antara USD 8,000 dan USD 30,000 setiap tahun bagi program-pogram khas. Kos bagi program selepas mereka tamat persekolahan boleh mencecah sehingga USD 80,000-USD 100,000 setiap tahun bergantung kepada tahap autisma yang dihidapi (NCBDDD, 2000). Disebabkan berlakunya peningkatan yang drastik bagi kes autisrna, pelbagai strategi telah dijalankan bagi membantu kanak-kanak autisma mengatasi cabaran dalam pembelajaran mereka. Melalui kajian yang telah dijalankan, strategi-strategi pengajaran yang telah dibuktikan keberkesanannya telah dikenalpasti. Maka adalah amat penting bagi memastikan bahawa hanya strategi pengajaran yang telah terbukti keberkesanannya digunakan untuk mendidik anak-anak autis demi membantu mereka agar mampu berdikari di masa depan. Ini adalah untuk memastikan bahawa dana yang diperuntukkan bagi pembelajaran kanak-kanak autis dapat menghasilkan pulangan yang bermanfaat. Objektif penyelidikan ini adalah untuk; (1) Membina model bilik darjah bagi kelas autisma untuk mengkaji strategi-strategi pengajaran berdasarkan kajian-kajian terkini untuk mengajar kanak-kanak autisma di Malaysia; (2) Mengkaji kesesuaian budaya bagi program STAR versi Malaysia (Arick & Loos 2007), suatu modul pendidikan bagi kanak-kanak autisma bagi penerbitan dan penggunaan di Malaysia; (3) Mengenalpasti ciri-ciri psikometrik bagi program STAR versi Malaysia (Arick & Loos 2007), suatu modul pendidikan bagi kanak-kanak autisma bagi penerbitan dan penggunaan di Malaysia; (4) Menilai persepsi-persepsi guru-guru, ibu bapaj penjaga di Malaysia terhadap penggunaan program STAR, modul pendidikan bagi kanak-kanak autisma; (5) Memberikan cadangan penggunaan program STAR versi Malaysia (Arick & Loos 2007), suatu modul pendidikan bagi kanak-kanak autisma di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta di Malaysia melalui penerbitan dan bengkel-bengkel.
Pages: 283-288 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.