Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394264
Title: Analisis wacana pelajaran bahasa Inggeris era globalisasi
Authors: Idris Aman
Rosniah Mustaffa
Teo Kok Seong
Noorizah Mohd Noor
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Bahasa Inggeris
Globalisasi
Pembangunan Sosial
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Secara hegemoni, bahasa Inggeris adalah bahasa perhubungan antarabangsa yang utama. Justeru, bahasa Inggeris disifatkan sebagai salah satu agen pembangunan negara dan masyarakat yang utama kini, Dalam konteks Malaysia, penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan antarabangsa yang penting dan meluas begitu ditekankan oleh kerajaan kepada generasi mudanya. Misi kerajaan adalah melahirkan modal insan yang berdaya saing dalam era globalisasi yang pantas berubah dan terbuka. Dasar kerajaan kini ialah memartabatkan bahasa Melayu, memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, sering dibincangkan oleh masyarakat tentang mutu penguasaan bahasa Inggeris rakyat muda Malaysia yang merosot kebelakangan ini. Kemerosotan itu dilihat memberi kesan negatif kepada keupayaan bersaing dalam era globalisasi serta tuntutan pembangunan sosial. Untuk itu, bahasa Inggeris di sekolah diberi perhatian serius. Di peringkat sekolah rendah misalnya, kurikulum Bahasa Inggeris menetapkan matlamat supaya bahasa tersebut boleh digunakan oleh murid dalam kehidupan harian, untuk menyambung pelajaran, dan tujuan pekerjaan. Pelbagai strategi dan langkah memperkemas pengajaran- pembelajaran diusahakan oleh pihak berwajib, seperti pengemasan kurikulum, kaedah pengajaran, latihan keguruan, dll. Pembelajaran Bahasa Inggeris yang diharapkan adalah berpusatkan murid (learner-centredness). Selain itu, ditekankan supaya murid mesti diberi segenap peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang memerlukan mereka memanfaatkan bahasa berkenaan. Kajian berkaitan yang ada kini kebanyakannya menghuraikan soal pengajaran-pembelajaran bahasa Inggeris dari segi cara atau strategi mengajar, alatan, kandungan pelajaran, dan kesediaan guru. Selain itu, kajian kini juga lazimnya menggunakan kaedah soal selidik atau kajian persepsi. Analisis wacana di bilik darjah kurang digembleng untuk memahami permasalahan yang wujud. Kajian ini berpandangan bahawa dalam pelajaran bahasa Inggeris, 'wacana' atau saling interaksi guru-murid masih merupakan asas penting dan tidak boleh dipinggirkan sama sekali dalam proses penguasaan bahasa tersebut. Oleh itu, kajian ini merupakan dimensi linguistik bagi menafsir amalan kewacanaan dalam pelajaran bahasa Inggeris sebenar secara langsung di bilik darjah. Kajian berasaskan wacana langsung adalah satu kaedah yang munasabah untuk memerihal keadaan sebenar wacana pelajaran bahasa Inggeris dan menilai sama ada dalam proses pembangunan sosial ini wujud amalan tertentu. Sesungguhnya, kajian ini cuba kembali menyelami perkara asas dalam pelajaran bahasa Inggeris.
Pages: 189-192 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.