Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394242
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorOng Puay Liu-
dc.contributor.authorShamsul Amri Baharuddin-
dc.contributor.authorHelen Ting-
dc.contributor.authorAnuar Ahmad-
dc.contributor.authorNur Atiqah Tang Abdullah-
dc.contributor.authorOng Puay Hoon-
dc.contributor.authorPaul Porodong-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:44:11Z-
dc.date.available2023-06-15T07:44:11Z-
dc.identifier.otherukmvital:104423-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394242-
dc.description.abstractKajian ini merupakan satu kajian exploratory mengenai hubungan antara tiga perkara utama, iaitu sistem pendidikan Malaysia, erti sekolah dan pendidikan daripada sudut pandangan pelajar sekolah menengah, dan perkaitan dengan alam budaya sebenar hidup mereka serta negara Malaysia amnya. Remaja adalah sumber paling berharga bagi sesebuah negara, dan pendidikan merupakan sektor utama bagaimana negara dapat memastikan golongan remaja ini diberi peluang mengembang potensi, kemahiran dan jati diri, dan seterusnya berfungsi sebagai warga negara yang bertanggung jawab dan berguna untuk negara. Pendidikan bukan saja mengajar individu membaca, menulis dan mengira, tetapi juga mengajar individu bagaimana untuk hidup dan membentuk hubungan mesra dengan orang lain, tidak kira warna kulit, budaya, agama, jantina, pendidikan dan status ekonomi. Justeru, bagi negara berbilang kaum yang berhasrat mempunyai rakyat yang dapat hidup harmonis dan bersatu padu, pendidikan adalah wahana utama untuk menjadikan pelajar sebagai warganegara yang tahu, faham, hormat orang lain dan dapat hidup harmonis dengan orang lain yang berlainan agama, etnik, bahasa dan latar belakang. Kajian ini berhujah bahawa hasrat negara sebegini tidak akan tercapai sekiranya sistem pendidikan sedia ada tidak mengandungi komponen pembelajaran 'kepelbagaian etnik dan budaya' (multi??ethnic and inter-cultural learning). Dalam konteks pelajar sekolah Malaysia, apakah sistem pendidikan yang mereka lalui menggalakkan keinginan untuk pergi sekolah dan menuntut ilmu, memberi peluang belajar tentang etnik budaya dan agama lain, serta bergaul dan membentuk hubungan bermakna dengan pelajar-pelajar yang berlainan agama, etnik, bahasa dan latar belakang? Kajian ini berpandangan bahawa sistem pendidikan perdana negara Malaysia lebih mengutamakan kandungan kurikulum 3R, iaitu wRiting, Reading dan aRithmetic, dan kurang penekanan kepada komponen pembelajaran 'kepelbagaian etnik dan budaya', yang akan membekalkan keupayaan membentuk hubungan bermakna, iaitu meaningful Relationship, dengan pelajar-pelajar yang berlainan agama, etnik, bahasa dan latar belakang. Kajian ini berhujah bahawa sistem pendidikan Malaysia, yang memberat kepada 3R, perlu memuatkan 1R lagi, iaitu Relationship. Kajian ini memilih Sabah dan Sarawak sebagai lokasi kajian, di mana dua buah sekolah menengah luar bandar dan dua buah sekolah menengah bandar dipilih sebagai sasaran kajian. Pelajar Tingkatan 1-5 disasarkan untuk terlibat dalam kajian ini dan kaedah mengumpul data adalah melalui soal selidik dan temuramah.-
dc.language.isomay-
dc.publisherBangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi-
dc.subjectPendidikan-
dc.subjectEtnografi-
dc.subjectSekolah-
dc.subjectAlam Budaya-
dc.titlePengertian warga Malaysia mengenai sekolah" dan "pendidikan": satu kajian etnografi berasaskan konteks alam budaya"-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages37-49 p.-
dc.identifier.callnoQ180.55.G7 S445 2010 kat sem-
dc.contributor.conferencenameSeminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi-
dc.date.conferencedate22/01/2010-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.