Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394232
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorNorzulaily Ahmad Kamal-
dc.contributor.authorMuhammad Hakimi Mohd Shafiai-
dc.contributor.authorRuzian Markom-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:44:05Z-
dc.date.available2023-06-15T07:44:05Z-
dc.identifier.otherukmvital:102390-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394232-
dc.description.abstractKajian ini dibuat selaras dengan trend peningkatan ke atas permintaan Skim Pembiayaan Sektor Awam. Laporan Tahunan Bank Negara menunjukkan sebanyak RM43,898 juta kemudahan pembiayaan perumahan Kerajaan telah diluluskan yang meliputi 10.3% dari keseluruhan jumlah kemudahan pembiayaan yang telah diluluskan dalam pasaran berbanding sebanyak RM36,318 juta iaitu 9.7% pada tahun 2013. Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam secara Islam (SPPSAi) yang merupakan produk pembiayaan perumahan Islam bagi kakitangan awam akan dikaji dari segi pematuhan terhadap prinsip shariah. Tingkah laku penjawat awam juga dikaji dari segi pemahaman dan penerimaannya terhadap produk pembiayaan Islam untuk melihat perkaitannya dengan pertambahan permintaan terhadap Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Islam. Penganaliasaan terhadap kepatuhan prinsip shariah produk pembiayaan perumahan Islam dan pemahaman serta penerimaannya dikalangan Penjawat Awam akan dijadikan sebagai objektif kajian. Dua kaedah telah digunakan untuk mengkaji permasalahan kajian ini iaitu melalui kajian kepustakaan dengan menganalisis Pekeliling LPPSA Bilangan 1 Tahun 2016 Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam dan Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015. Analisis secara deskriptif juga dibuat terhadap 100 responden yang telah mengemukakan maklumbalas bagi soal selidik yang dibuat dikalangan penjawat awam. Hasil dari kajian mendapati produk pembiayaan perumahan Islam yang ditawarkan oleh Kerajaan masih lagi menggunakan konsep bay bi thaman ajil yang mana ianya tidak lagi digunakan dalam sistem kewangan komersial. Modus operandi yang menggunakan konsep bay hi thaman ajil dalam sistem kewangan komersial ini banyak menimbulkan perdebatan dikalangan cendekiawan Islam kerana menimbulkan helah terutamanya dalam kaedah penetapan kadar keuntungan yang dilihat seolah-olah menghalalkan riba. Kajian ini juga mendapati penjawat awam hanya mengetahui produk Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Islam tetapi tidak memahami dengan lebih mendalam konsep shariah yang digunakan. Ketidakfahaman terhadap konsep shariah dikalangan Penjawat Awam menyebabkan tiada maklumbalas dan inisiatif dari Kerajaan untuk menambahbaik proses dan produk Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Islam sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1994. Kecenderungan penjawat awam meminjam Skim Pembiayaan Islam Kerajaan dilihat merupakan altematif kepada Skim pembiayaan Konvensional yang menggunakan kadar faedah yang diketahui ianya adalab riba. Secara kesimpulannya kajian ini dijangka akan dijadikan panduan awal kepada Kerajaan sebagai input dalam proses menambahbaik produk pembiayaan secara Islam.-
dc.language.isomay-
dc.publisherBangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi-
dc.subjectSkim Pembiayaan Sektor Awam Secara Islam(SPPSAi)-
dc.titlePemahaman penjawat awam terhadap produk pembiayaan perumahan secara islam oleh Kerajaan-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages343-356 p.-
dc.identifier.callnoHG3300.6.A6 K436 2016 kat sem-
dc.contributor.conferencenamePersidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF)-
dc.coverage.conferencelocationKuala Lumpur-
dc.date.conferencedate24/08/2016-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.