Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394222
Title: Analisis perubahan pola agihan zakat: kajian kes Negeri Kelantan
Authors: Wan Nurhanini Wan Hassim
Hairunnizam Wahid
Conference Name: Persidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF)
Keywords: Zakat
Conference Date: 24/08/2016
Conference Location: Kuala Lumpur
Abstract: Perlaksanaan kutipan dan agihan yang cekap dan bersistematik akan dapat melahirkan sumbangan kepada transformasi pembangunan seluruh asnaf sekaligus meningkatkan prestasi sesebuah intitusi zakat. Kedua-dua komponen ini saling berkait rapat dan perlu ditadbir dengan cekap, bagi menyasarkan untuk membantu ekonomi ummah secara sepenuhnya. Dengan segala kemajuan teknologi maklumat yang kian membangun, ia digunapakai oleh institusi zakat dalam melaksanakan pentadbiran pengurusan yang lebih kemas dan teratur sebagai usaha yang berwibawa bagi mewujudkan prestasi agihan zakat yang sempurna. Namun begitu, hakikat sebenar yang wujud pada masa kini, masih kedengaran aduan pihak pengurusan mahupun pembahagian agihan zakat adalah tidak menyeluruh. Perihal institusi zakat, sering dibanjiri pertanyaan mahupun persoalan dari sesetengah masyarakat tentang penerimaan dan pembahagian yang telus adil? Mencukupi mahupun tidak? Kajian ini memilih institusi zakat negeri Kelantan untuk diperhalusi dengan lebih lanjut. Ini kerana kewujudan isu perbezaan jumlah pendapatan dan pengagihan zakat yang dilihat tidak selari. Bagi menyelidiki apakah faktor yang berlaku disebalik ketidakselarian ini adakah faktor kurangnya jumlah yang diagihkan dari pendapatan yang diterima ataupun lebihan melebihi pendapatan yang diberikan oleh pihak institusi zakat Kelantan sehingga menyebabkan ketidakselarian terhasil. Oleh yang demikian, analisis mengenai prestasi tahunan dan agihan zakat diteruskan di dalam kajian ini. Hasil kajian ini diharap mengupas sedikit sebanyak tentang kesan dari perubahan dasar agihan yang berlaku di MAIK beserta menjawab jangkaan terhadap peruntukan semua asnaf yang berlaku pada setiap agihan tahunan. Ini disamping meningkatkan daya kecekapan dan penambahbaikkan institusi zakat Kelantan serta meraih kepercayaan rakyat untuk menunaikan zakat. Kajian ini akan membentangkan analisis prestasi zakat dan agihan zakat MAIK. Kajian ini merangkumi tiga objektif yang secara khususnya untuk membuat analisa perbandingan prestasi tahunan untuk kutipan dan agihan zakat di Kelantan, membandingkan corak agihan zakat kepada semua golongan asnaf mengikut golongan sasaran MAIK dan mengikut sasaran Mazhab Syafie serta mengupas isu dan cabaran yang dihadapi oleh Pusat Zakat Kelantan dalam memastikan kesinambungan dalam urusan pelaksanaan zakat di Malaysia sekaligus diharap mengangkat martabat struktur institusi MAIK dan juga institusi zakat yang lain di seluruh Malaysia.
Pages: 213-225 p.
Call Number: HG3300.6.A6 K436 2016 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.