Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394221
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Samsiah Jumati | - |
dc.contributor.author | Hairunnizam Wahid | - |
dc.contributor.author | Mohd Ali Mohd Nor | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-15T07:43:59Z | - |
dc.date.available | 2023-06-15T07:43:59Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:101866 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394221 | - |
dc.description.abstract | Perlaksanaan kegiatan pertumbuhan ekonomi, kejayaan dalam memakmurkan Negara memerlukan adanya penggabungan seluruh potensi manusia dan material. Perlaksanaan usaha pertumbuhan dengan semaksima mungkin memerlukan tersedianya kualiti dan kuantiti yang seimbang dari kerja manusia, sumber-sumber alam serta material. Faktor-faktor penentu pengeluaran non-ekonomi sangat bergantung kepada sumber-sumber alam pemberian Allah dan aktiviti manusia, sama ada secara kuantiti mahupun kualiti secara langsung bergantung kepada pendanaan ekonomi dan juga pengaruhnya. Zakat adalah mengatasi sumber-sumber pendanaan ekonomi yang lain, kerana ianya berperanan sebagai sumber teratur, melimpah hasilnya dan dapat memenuhi keperluan-keperluan pendanaan pengambangan ekonomi dalam cakupan yang sangat besar. Ekonomi Islam menjadi istimewa kerana adanya sumber penting ini yang tidak ada duanya dalam ekonomi manapun. Justeru itu prestasi pengurusan dan kewangan institusi zakat yang berada dibawah pentadbiran Majlis Agama Islam di setiap negeri adalah sangat penting. Pada amnya, kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri telah memberi kuasa kepada Majlis Agama Islam sesebuah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan untuk bertanggungjawab berkenaan hal ehwal agama Islam termasuk urusan zakat. Justern itu, kajian ini dijalankan bagi menilai prestasi kecekapan pengurusan kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan agihan Pusat Pungutan Zakat (PPZ). Kajian ini menggunakan nisbah aliran tunai sebagai proksi prestasi kewangan dan mengkategorikan prestasi kecekapan agihan institusi zakat kepada dua iaitu kecekapan agihan berbentuk kewangan dan bukan kewangan. Kajian ini menganalisis data laporan kewangan tahunan MAIWP dan PPZ bagi tahun 2000 sehingga 2013. Hasil kajian menunjukkan wujud peningkatan dalam prestasi kewangan MAIWP dan agihan PPZ, walaupun nilai skor kecekapan yang diperoleh adalah tidak konsisten. Kajian mencadangkan agar MAIWP dan PPZ terus meningkatkan lagi prestasi kewangan dan kecekapan agihan zakat. Adalah disarankan agar MAIWP mencari alternatif terbaik supaya kedua-dua kecekapan kewangan dan pengurusan agihan zakat dapat dicapai secara seiringan demi perlaksanaan agihan zakat yang optimum dan adil dapat dilaksanakan. Beberapa cadangan serta implikasi dasar turut dibincangkan dalam kajian ini. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | Bangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi | - |
dc.subject | Zakat | - |
dc.subject | Pengurusan Kewangan | - |
dc.title | Prestasi kecekapan pengurusan kewangan dan pengurusan agihan zakat: kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan | - |
dc.type | Seminar Papers | - |
dc.format.pages | 200-212 p. | - |
dc.identifier.callno | HG3300.6.A6 K436 2016 kat sem | - |
dc.contributor.conferencename | Persidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF) | - |
dc.coverage.conferencelocation | Kuala Lumpur | - |
dc.date.conferencedate | 24/08/2016 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.