Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394207
Title: Potensi waqf dalam pengurusan bekalan sumber air terawat di kalangan negara islam terpilih
Authors: Mohammad Nasrul Hakim Roslan
Muhammad Hakimi Mohd Shafai
Conference Name: Persidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF)
Keywords: Wakaf
Sanitasi
Conference Date: 24/08/2016
Conference Location: Kuala Lumpur
Abstract: Air merupakan salah satu keperluan hak asasi yang utama bagi masyarakat dunia. Pada tahun 2015, sebanyak 663 juta masyarakat seluruh dunia masih kekurangan akses sumber air minuman yang terawat. Selain itu, 2.4 bilion masyarakat dunia juga tidak mempunyai fasiliti sanitasi yang tidak sempurna. Mauritania, Bangladesh, Niger antara negara Islam yang miskin dibelenggu krisis kekurangan air dan sanitasi yang tidak sempurna. Hal ini disebabkan beberapa faktor di antaranya kewangan, keadaan geografi serta krisis pentadbiran. Antara insentif yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan pengenalan kepada mekanisme wakaf. Wakaf boleh dijadikan potensi untuk membantu masyarakat Islam yang terhad akan akses perkhidmatan air dan sanitasi. Objektif kajian adalah untuk melihat faktor permasalahan serta halangan kepada akses air dan sanitasi kepada negara Islam yang berpendapatan rendah. Kajian ini menerusi bersifat kualitatif deskriptif dalam menghuraikan potensi wakaf berkemampuan sebagai instrumen menangani krisis air terawat terutama dari segi pernbiayaan kewangan. Kajian ini membincangkan waqf sebagai mekanisme dalam pengumpulan dana bagi menyalurkan bantuan kepada masyarakat Muslim yang kekurangan akses air. Hasil perbincangan mendapati bahawa waqf mampu menjadi mekanisme penjanaan dana bagi menampung keperluan hak asasi masyarakat Islam yang tidak berupaya menikmati keperluan tersebut. Sekaligus, dapat memberi alternatif kepada pihak berautoriti dalam melaksanakan pelan waqf bagi membantu umat Islam di negara Islam yang miskin.
Pages: 18-30 p.
Call Number: HG3300.6.A6 K436 2016 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.