Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394083
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Nasyimah Ismail | - |
dc.contributor.author | Zamri Mahamod | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-15T07:42:46Z | - |
dc.date.available | 2023-06-15T07:42:46Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98923 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394083 | - |
dc.description.abstract | Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas) sekolah menengah antara lain bertujuan untuk membolehkan pelajar memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar atas pelbagai bahan yang dibaca. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap KBAT (KBAT) dalam pembelajaran Komsas. Selain itu, kajian tinjauan ini juga bertujuan untuk mengkaji tahap perbezaan pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap KBAT berdasarkan jantina. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan borang kaji selidik yang melibatkan 322 orang peIajar di empat buah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.0. Data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai. Analisis deskriptif mendapati ketiga-tiga min iaitu pengetahuan (3.90), sikap (4.04) dan kesediaan (3.98) pelajar terhadap KBAT berada pada tahap tinggi. Manakala analisis secara inferensi pula menggunakan Ujian-t dan Kolerasi. Ujian-t digunakan untuk mengenal pasti perbezaan pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap KBAT berdasarkan jantina. Analisis inferensi mendapati terdapat perbezaan pengetahuan dan kesediaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran Komsas. Manakala tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran Komsas. Selain itu, analisis juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan pengetahuan dan sikap dengan kesediaan pelajar terhadap KBAT. Daripada analisis menunjukkan KBAT semakin diterima di sekolah dan pelajar menunjukkan kecenderungan untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam dalam Komsas. Oleh itu, diharapkan guru dapat mencipta suasana pembelajaran yang lebih kondusif menggunakan KBAT dalam bilik darjah. Hal ini supaya dapat meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Komsas. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.,Bangi | - |
dc.subject | Sastera | - |
dc.subject | Bahasa Melayu | - |
dc.subject | Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) | - |
dc.title | Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran komponen sastera Bahasa Melayu. | - |
dc.type | Seminar Papers | - |
dc.format.pages | 181-194 p. | - |
dc.identifier.callno | PL5103.P744 2015 kat sem | - |
dc.contributor.conferencename | Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat | - |
dc.coverage.conferencelocation | IPG Kampus Batu Lintang Sarawak | - |
dc.date.conferencedate | 05/03/2015 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.