Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394040
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Sity Daud | - |
dc.contributor.author | Mohd Samsudin | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-15T07:42:27Z | - |
dc.date.available | 2023-06-15T07:42:27Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:97686 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394040 | - |
dc.description.abstract | Kualiti dalam pengajian tinggi adalah isu yang terus diperkatakan dalam dan luar negara. Antara isu yang masih hangat diperkatakan adalah pengiktirafan universiti penyelidikan (Research University atau RU) yang mengangkat status beberapa buah universiti awam ke arah penarafan di peringkat antarabangsa. Kertas ini membincangkan pengiktirafan yang diberikan kepada lima buah universiti awam sebagai universiti penvelidikan dan beberapa perkembangan lain yang memberikan kesan langsung dan tidak langsung kepada bidang Sains Sosial khususnya Sejarah. Persoalan ini bukanlah perkara baru dan remeh. Sebaliknya ia adalah persoalan penting yang perlu difikirkan bersama untuk mengangkat kedudukan bidang Sains Sosial khususnya Sejarah lebih tinggi dalam RU kalaupun tidak setanding bidang ilmu lain. Tempoh kajian yang dipilih adalah daripada 2007 sehingga 2013 kerana pengumuman universiti penyelidikan atau lebih dikenali sebagai RU dibuat pada hujung tahun 2006 dan usaha-usaha ke arah mencapai matlamat RU telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh bermula pada 2007. Kaedah kuantitatif dengan menggunakan data sekunder yang diperolehi daripada sumber dalaman telah digabungkan dengan kaedah kualitatif berdasarkan kajian perpustakaan dan perbincangan kumpulan fokus telah diadakan dari semasa ke semasa schingga kini. Hasil kajian menunjukkan walaupun pencapaian dari segi penarafan RU dalam kalangan universiti terkemuka dunia ini sering dipersoalkan, ada lagi isu yang lebih besar perlu dikupas, iaitu peminggiran bidang-bidang tertentu kesan daripada lonjakan penerbitan bidang-bidang lain dalam RU khususnya di UKM. Isu ini timbul apabila penyelidikan dan sebutan menjadi kriteria utama bagi penilaian tahunan, kenaikan pangkat, dan penyambungan khidmat pensyarah kontrak dan sebagainya yang berkaitan. Bidang Sains Sosial sangat terkesan dengan perkembangan ini bilamana pencapaian bagi penyelidikan dan sebutan sangat jauh ketinggalan berbanding bidang-bidang termaju seperti Sains dan Teknologi dan Kejuruteraan. Dalam kalangan bidang Sains Sosial sendiri juga terdapat bidang yang lebih terkesan dengan perkembangan terbaru ini, iaitu Sejarah. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 2013,Kuala Lumpur | - |
dc.subject | Universiti penyelidikan | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia | - |
dc.subject | Sains sosial | - |
dc.subject | Sejarah | - |
dc.subject | Penarafan | - |
dc.title | Universiti penyelidikan dan sains sosial: perspektif sejarah di UKM | - |
dc.type | Seminar Papers | - |
dc.format.volume | Vol. j.1 | - |
dc.format.pages | 1-23 p. | - |
dc.identifier.callno | DS595.8.S566 2013 sem | - |
dc.format.issue | Issue sesi 13 (C) | - |
dc.contributor.conferencename | Sidang Kemuncak Sejarah (History Summit) Malaysia (2013 : Kuala Lumpur) | - |
dc.coverage.conferencelocation | Wisma Sejarah | - |
dc.date.conferencedate | 17/12/2013 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.