Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394039
Title: Integrasi nasional menerusi sejarah:perspektif Sarawak dan Sabah
Authors: Sanib Said
Conference Name: International Conference on Recent Advances in Automotive Engineering and Mobility Research
Keywords: Pembentukan Malaysia
Intergrasi nasional
Sabah
Sarawak
Conference Date: 17/12/2013
Conference Location: Kuala Lumpur
Abstract: Kertas kerja mencuba untuk membincangkan peranan Sarawak dan Sabah dalam Persekutuan Malaysia dari sudut pandangan sejarah. Landasan utama makalah ini adalah menyatakan telah digugat di Semenanjung Malaysia dan bukan berpunca di Sarawak dan Sabah. Antara sebabnya adalah Semenanjung telah menjadi "kurang Melayu" dari sejarahnya. Kehadiran Sarawak dan Sabah dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, sekadar enam tahun selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang melibatkan 11 buah negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, telah menimbulkan kekeliruan sehingga ke hari ini. Sementara Sarawak dan Sabah berada di sebuah pulau ketiga terbesar di dunia yang dipisahkan ?ecara geologikal oleh Laut China Selatan. Oleh yang demikian isu tentang intergrasi nasional disalah anggap sangat genting untuk kedua buah negeri ini. Apabila Singapura keluar pada tahun 1965, hanya selepas dua tahun pembentukan Persekutuan Malaysia, rasional pembentukan Malaysia itu menggugat salah satu landasan pembentukan Malaysia iaitu faktor "masalah Singapura". Selepas 50 tahun kejayaan pembangunan ekonomi dan fizikal, kejatuhan 4 buah negeri di Semenanjung ke tangan pembangkang telah membuka ruang untuk Sarawak dan Sabah meninggikan ?uara menuntut apa yang dianggap hak mereka dan mengkaji semula Laporan IGC. Anehnya mereka turut di?ertai oleh ?uara pembangkang dari Semenanjung. Justeru itu apakah masa depan persekutuan ini? Mungkinkah akan dimakan sumpah putaran ibn Khaldun, bapa sejarah moden.
Volume: Vol. j.1
Pages: 1-19 p.
Call Number: DS595.8.S566 2013 sem
Publisher: Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 2013.,Kuala Lumpur
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.