Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394030
Title: | Dinamise politik dan pembangunan: antara mempusakai tradisi vs melestarikan perubahan; pengalaman UMNO teras upaya-bina negara bangsa idaman |
Authors: | Ku Hasnan bin Ku Halim |
Conference Name: | Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4 |
Keywords: | Politik UMNO |
Conference Date: | 05/03/2013 |
Conference Location: | Tanjung Malim |
Abstract: | Menurut Sir Winston Chuchill Demokrasi adalah satu cara pemerintahan yang paling buruk, namun tidak ada sebarang cara lain yang lebih baik daripada itu.Jean Jacques Rosseau seorang pemikir politik Perancis abad ke 18 pernah berkata jika ada satu masyarakat yang terdiri daripada dewa-dewa, masyarakat itu akan dapat diperintah secara Demokrasi, pemerintahan yang begitu sempurna itu tidak sesuai untuk manusia. Presiden Amerika Syarikat ke-16, Abraham Lincoln (1861-1865) pernah mengungkapkan satu madah masyhur yang berbunyi, demokrasi ini adalah daripada rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat. Atas nama Demokrasi jugalah makanya kertas ini ditulis bertujuan untuk memaparkan bagaimana sebuah Parti politik UMNO yang berteraskan kepada etnik Melayu, juga merupakan tonggak kepada kerjasama politik Barisan Nasional (BN) dan negara Malaysia di mana presidennya juga merupakan Perdana Menteri tetapi senantiasa melakukan perubahan demi perubahan dan tidak menafikan hak-hak etnik lain di dalam negara yang didiami bersama diwaktu yang sama juga tidak mengenepikan asas dan asal perjuanqan parti semenjak penubuhannya. Tempoh jangka masa 66 tahun bukanlah waktu yang lama bagi sesebuah negara, namun dalam tempoh sing kat tersebut Malaysia telah berjaya mencapai banyak tanda aras kecemerlangan daripada sebuah negara yang terjajah kepada sebuah negara yang bebas merdeka, daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah negara industri dan daripada sebuah negara yang rata-rata warganya hidup di kawasan luar bandar dalam kemiskinan kepada negara di mana majoriti warganya di kawasan bandar dan berada di dalam kelas menengah. Parti politik UMNO sebagai sebuah parti politik terbesar memainkan peranan yang sangat utama serta penting di dalam merealisasikan transforrnasi ini. Kebijaksanaan amat diperlui agar senantiasa berada dihati rakyat dalam urusan mengorban, mencairkan ataupun mengakrabi agar yang dikendong tidak berciciran dan dikejar tak dapat. Menafikan atau sebaliknya, jelas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah berjaya di dalam agenda perjuangannya memperjuang, membina, memperkasa, merundingi-tegas bicara, memelihara dan pada ketika yang sama intipati itu turut di sumbangkan oleh lawan-seterunya atas nama pembinaan negara bangsa yang di idamkan. |
Pages: | 853-875 p. |
Call Number: | G56.P766 2013 sem. |
Publisher: | Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, UPSI,Perak |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.