Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394008
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMohd Nazrul Ibrahim-
dc.contributor.authorWan Ruslan Ismail-
dc.contributor.authorMohamad Safiq Suhaimi-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:42:11Z-
dc.date.available2023-06-15T07:42:11Z-
dc.identifier.otherukmvital:97016-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394008-
dc.description.abstractPeningkatan kadar kepekatan kandungan fosforus dalam sungai adalah berpunca dari kesan guna tanah yang boleh menyebabkan gangguan terhadap kesihatan ekosistem sungai. Kepekatan fosforus yang amat tinggi boleh membawa kepada fenomena eutrofikasi. Kajian ini akan membincangkan kepekatan fosforus dan jumlah fosforus akibat daripada pengaruh fizikal dan manusia di lembangan Sungai Merbok. Beberapa parameter yang terlibat dalam kajian ini adalah parameter fizikal, fosfat (P04-P) dan jumlah fosforus (TP). Metodologi yang digunakan dalam analisis makmal bagi kandungan fosforus dalam sampel air adalah berdasarkan prosedur APHA (1998). Manakala parameter in situ yang diserap adalah secara langsung di stesen kajian. Aktiviti persamplingan bermula pada oktober 2011 dan berakhir pada februari 2012. Kawasan kajian meliputi Lembangan 8ungai Merbok sepanjang 35 km serta kedalaman dalam lingkungan 3 hingga 15 meter dan keluasan kawasan lembangan adalah 440 km2. Fosfat (P04-P) menunjukan julat bacaan antara 0.1 mg/L hingga 5.15 mg/L. Nilai tertinggi pada musim basah adalah 2.95 mg/L pada bulan di stesen S4, Manakala nilai bacaan tertinggi bagi musim kering adalah 5.15 mg/L juga di stesen 84 pada bulan Februari 2011. Perkara ini berlaku disebabkan dari aktiviti antrapogenik. Aktiviti pertanian, perindustrian dan urbanisasi merupakan penyumbang kepada peningkatan kepekatan fosfat. Bahan-bahan berfosfat dalam aktivit pertanian seperti baja, penggunaan sabun detergen dan kumbahan telah menyumbangkan kepada kandungan fosfat yang tinggi dalam sistem air. Manakala kepekatan fosfat tertinggi pada musim basah ialah 2.94 mg/L di stesen 84 pada bulan Oktober. Peningkatan kepekatan fosfat boleh berlaku setelah berlakunya hujan melalui pengangkutan nutrien oleh air larian permukaan. Kepekatan minimum fosfat pada musim kering mencatatkan bacaan 0.01 mg/L di stesen 82 pada Februari manakala pada musim basah juga mencatatkan 0.01 mg/L pada bulan November di stesen 811. Jumlah fosforus (TP) menunjukkan julat bacaan di antara 0.18 mg/L hingga 11.89 mg/L. Baeaan kepekatan maksimum pada musim kering adalah 8.60 mg/L pada bulan Februari di stesen 87 manakala kepekatan TP pada musim basah pula adalah 11.89 mg/L di 81 pada bulan November. Kepekatan TP minimum pada musim kering adalah 0.30 mg/L pada bulan Januari di stesen 81. 8ebaliknya pada musim basah, bacaan minimum TP adalah pada bulan Oktober di stesen 86 iaitu 0.18 mg/L. Perubahan kadar kepekatan fosfat dan jumlah fosforus adalah bergantung kepada jenis guna tanah, aktiviti manusia dan juga faktor musiman. Aktiviti manusia seperti pembuangan sisa kumbahan dan aktiviti domestik sekitar Bedong dan Merbok secara langsung meningkatkan kadar kepekatan fosforus di bahagian hilir seperti 8tesen 84. 8elain itu, kepekatan fosforus juga dilihat lebih tinggi di kawasan jenis guna tanah pertanian yang merujuk kepada stesen 81, S2dan 53.-
dc.language.isomay-
dc.publisherJabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak-
dc.subjectLembangan Sungai Merbok-
dc.subjectTanah-
dc.subjectFosforus-
dc.titleKesan guna tanah ke atas kandungan fosforus di Lembangan Sungai Merbok, Kedah, Malaysia-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages569-575 p.-
dc.identifier.callnoG56.P766 2013 sem.-
dc.contributor.conferencenameProsiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4-
dc.coverage.conferencelocationTanjung Malim-
dc.date.conferencedate05/03/2013-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.