Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394006
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorRusamah Abdul Jalil-
dc.contributor.authorSiti Nur Awanis Mohamad Zulkifli-
dc.contributor.authorAhmad Faisal Hj. Alias Prof. Madya-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:42:10Z-
dc.date.available2023-06-15T07:42:10Z-
dc.identifier.otherukmvital:97014-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394006-
dc.description.abstractSistem maklumat Geografi (GIS) sering dibincangkan bersama dengan ledakan teknologi maklumat khususnya pemetaan berkomputer. Pelbagai bidang terutamanya yang melibatkan pemetaan, perancangan dan pembangunan tanah seperti juruukur, perancang bandar, arkitek, dan jurutera telah mengaplikasi GIS dalam melaksanakan tugas-tugas mereka. Pengajaran kursus GIS di dalam pelbagai bidang pengajian di Universiti di negara ini telah berkembang dengan meluas dan pes at bermula awal tahun 90'an. Peningkatan kepada penggunaan komputer, teknologi maklumat serta internet telah membawa kepada perubahan yang agak pantas di dalam penggubalan kurikulum pengajaran GIS mengikut kepentingan bidang pengkhususan. Kursus GIS diajar pad a masa kini sebagai salah satu kursus dalam program pengajian mengikut kepertuan bidang sama ada secara teori atau sebagai modullatihan makmal komputer. Pengajaran kursus berdasar konsep yang difahami didalam pembentukan kurikulum bidang tersebut. Pendekatan pengajaran atau pembentukan kurikulum pada dasarnya berbeza mengikut kepentingan bidang sebagai contoh bidang sains geomatik menekankan aspek pengemaskinian pemetaan data spatial, sementara bidang perancangan bandar akan menitik berat aspek pembangunan data spatial dan atribut yang mampu membantu didalam mengenalpasti potensi dan halangan sesuatu pembangunan, sementara bidang jururekabentuk bandar melihat kepada aspek GIS dalam bentuk tiga dimensi (3D) bagi menganalisis rupabentuk bandar. Terdapat bebrapa faktor yang mempengaruhi pengajaran kursus GIS iaitu kepakaran tenaga pengajar serta infrastruktur asas (perkakasan, perisian dan pangkalan data) bagi melaksanakan dan memastikan pencapaian kursus terse but. Fasa pembentukan kurikulum pada asasnya telah melalui perubahan bermula dari pengenalan teori GIS, penguasaan perisian dan seterusnya pendedahan kepada pembangunan pangkalan data geografi yang kompleks. Oleh yang demikian, selari dengan pembangunan aplikasi GIS yang telah meluas dan meliputi kepelbagaian bidang, pendekatan pengajaran GIS melalui pengukuhan kurikulum perlu seiring dan bersesuaian di pelbagai peringkat pengajian sama ada persijilan, diploma, sarjana muda, sarjana dan seterusnya di peringkat Doktor Falsafah.-
dc.language.isomay-
dc.publisherJabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak-
dc.subjectSistem Maklumat Geografi (GIS)-
dc.subjectKurikulum-
dc.subjectPemetaan-
dc.titlePendekatan pengajaran GIS di institut pengajian tinggi-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages625-633 p.-
dc.identifier.callnoG56.P766 2013 sem.-
dc.contributor.conferencenameProsiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4-
dc.coverage.conferencelocationTanjung Malim-
dc.date.conferencedate05/03/2013-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.