Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394005
Title: Pembangunan rangkaian jalan raya di pinggiran bandar dan implikasi terhadap kualiti dan kesejahteraan hidup sosial.Kajian kes di Pulau Pinang
Authors: Wan Rozali Wan Hussin
Lee Kok Chai
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Jalan raya
Kawasan pinggir bandar
Pengangkutan
Kualiti Hidup
Pembandaran
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Pembangunan rangkaian jalan raya di pinggiran bandar didapati membawa banyak implikasi positif terhadap kualiti dan kesejahteraan hidup sosial. Kawasan kediaman dan petempatan penduduk di pinggiran bandar sebahagiannya mengalami perubahan ketara terutama dalam memperoleh tahap kualiti kelengkapan fizikal dan kesejahteraan hidup yang lebih baik hasil daripada inovasi limpahan proses pembandaran yang efektif. Perbincangan ini memberi fokus kepada implikasi pembangunan rangkaian jalan raya ke atas kualiti dan kesejahteraan hidup sosial di pinggiran bandar. Aspek-aspek utama yang diberikan tumpuan termasuk program peningkatan taraf perkhidmatan awam bersepadu, peningkatan kemudahan infrakstruktur di kawasan perumahan dan pembangunan semula kawasan petempatan penduduk. Metodologi kajian yang digunakan ialah indeks pengaruh rangkaian jalan raya ke atas pembandaran dalam menentukan indikator impak yang meliputi aspek fizikal dan sosio-ekonomi. Sebanyak enam buah bandar dipilih dengan melibatkan 1000 keluarga sebagai responden yang menggunakan 27 angkubah impak demografi-fizikal dan 30 angkubah impak sosio-ekonomi kesejahteraan. Analisis korelasi terhadap pengaruh rangkaian jalan raya ke atas angkubah sosio-ekonomi dan kesejahteraan dapat mengenal pasti 19 daripada 30 indikator adalah positif. Manakala sembilan daripada 30 indikator adalah negatif yang terdiri daripada ciri-ciri jalan raya dan penawaran perkhidmatan awam di kawasan kajian dan dua daripada 30 indikator adalah bererti lemah iaitu corak susun atur dan fungsi kegunaan perumahan serta ketersampaiannya. Penemuan lebih terperinci mendapati bahawa pengaruh rangkaian jalan raya terhadap limpahan pembandaran memberi impak yang lebih ketara kepada aspek sosio-ekonomi dan kesejahteraan hidup penduduk. Tahap kualiti perumahan dan kemudahan fizikal dalam kawasan kajian juga baik dan memuaskan. Limpahan pembandaran memberikan kesan lebih positif kepada aspek fizikal dengan liputan rangkaian jalan raya yang lebih sempurna. Limpahan pembandaran juga memberi impak keselesaan dan kesejahteraan hidup di kawasan kajian. Bagi memastikan kawasan pinggiran bandar dapat menerima tekanan pembangunan holistik, maka dasar perancangan sistem perkhidmatan awam terutama sistem pengangkutan jalan raya dan monorel yang lebih komprehensif dan bersepadu di pinggir bandar amat diperlukan. Perancangan sistem rangkaian jalan raya yang progresif dan proaktif di kawasan petempatan pinggiran bandar merupakan parameter perancangan ke arah peningkatan kualiti hidup sosial. Penemuan penyelidikan ini secara khususnya memperlihatkan kepentingan dan kekuatan pengaruh rangkaian jalan raya di pinggiran bandar dalam mengintegrasikan hubungkait antara aspek fizikal dan bukan fizikal bagi meningkatkan kesejahteraan hidup sosial dalam kalangan penduduk setempat dengan lebih baik.
Pages: 613-623 p.
Call Number: G56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.