Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393979Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.author | Haryati Hasan Dr. | - |
| dc.date.accessioned | 2023-06-15T07:41:58Z | - |
| dc.date.available | 2023-06-15T07:41:58Z | - |
| dc.identifier.other | ukmvital:96594 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393979 | - |
| dc.description.abstract | Kelantan, negeri yang unik dalam banyak perkara. Penduduknya hampir seragam (homogenous), yakni sebahagian besar terdiri daripada orang Melayu. Tidak ada negeri lain yang mempunyai keunikan itu. Dengan kedudukan itu, Kelantan tidak menghadapi masalah pertembungan dan penyerapan kebudayaan. Nilai-nilai yang ada dalam kebudayaannya menjadi ukuran yang patut dihayati oleh kaum lain. Di Kelantan seorang Tionghua fasih bercakap bahasa Melayu pelat Kelantan, bergurau senda dengan pelat terse but, gemarkan permainan layang-Iayang, berlaga ayam, berlaga lembu dan berlaga ikan, suka pad a menora, mak yong dan dikir barat, berselera menghadapi nasi ulam, nasi dagang dan budu. Oleh kerana sedia te~alin aturan sosial seperti itu, Kelantan pada umumnya tidak menghadapi masalah perkauman seperti di beberapa buah negeri di Pantai Sarat Semenanjung Malaysia. Orang Melayu pula tidak terasa terancam sekiranya pekedai Tionghua menutup kedai kerana perayaan tahun baru dan perayaan tertentu kerana sejak dahulu lagi kegiatan perdagangan dicetuskan oleh mereka, dari pasar ikan dan sayur sehinggalah ke kedai runcit dan restoran, dari membuat peralatan tembaga, perak sehinggalah emas dan batik. Mereka juga petani dan mereka juga nelayan. Serlatarbelakangkan sosioekonomi begitu, orang Kelantan secara tidak disedari membendung perasaan senasib atau esprit de corp yang menjadi teras kekuatan identitinya. Dengan kekuatan itu sikap duniawinya adalah bertumpu pada sentimen kedaerahan yang terjelma dalam ungkapan 'orang kita' sebagai rujukan sesama Kelantan dan 'orang luar' yang dimaksudkan bukan orang Kelantan. Namun, di sebalik kekuatan dan keunikan tersebut Kelantan merupakan negeri yang dianggap mundur dan miskin semasa pra merdeka. Malah anggapan itu terus kekal sehingga kini kerana menurut ukuran pendapatan perkapita yang didasarkan kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan keseluruhan Kelantan masih rendah. Hal ini tidaklah menghairankan kerana Kelantan tidak mempunyai sumber hasil bumi seperti bijih timah sebagaimana di beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia. Keunikan dan kekurangan mewarnai imej negeri tersebut dan sekaligus menarik perhatian media, ahli politik, pendidik dan pengkaji sosial. Tulisan ini akan memberikan gambaran ringkas mengenai pandangan kedaifan penduduk Kelantan dan bagaimana di sebalik kedaifan itu terserlahnya ciri-ciri keunikan yang tidak ada pada penduduk lain di Semenajung Tanah Melayu pada Sebelum Perang Dunia Kedua dan sehingga menjelang Pasca kemerdekaan. | - |
| dc.language.iso | may | - |
| dc.publisher | Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak | - |
| dc.subject | Budaya masyarakat Kelantan | - |
| dc.subject | Demografi penduduk | - |
| dc.subject | Sosio budaya | - |
| dc.title | Penduduk Kelantan: daif tetapi unik | - |
| dc.type | Seminar Papers | - |
| dc.format.pages | 405-412 p. | - |
| dc.identifier.callno | Q56.P766 2013 sem. | - |
| dc.contributor.conferencename | Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4 | - |
| dc.coverage.conferencelocation | Tanjung Malim | - |
| dc.date.conferencedate | 05/03/2013 | - |
| Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding | |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.