Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393961
Title: Pokok warisan di taman tasik Taiping: kepentingan dari perspektif pemeliharaan
Authors: Wan Noor Anira Wan Yaacob
Norasikin Hassan
Khalilah Hassan
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Pokok warisan
Hutan bandar
Taman tasik Taiping
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Pokok memainkan peranan yang penting dalam pelbagai aspek warisan budaya di Malaysia dan merupakan as as utama terhadap kewilayahan ekologi dan ekosistem alam semulajadi. Pokok warisan adalah komponen penting dalam sesebuah hutan bandar yang mempunyai nilai estetika terhadap spesies, saiz, umur, rupabentuk, warna dan genetik.Sesetengah spesies pokok warisan mempunyai nilai sejarah yang mana ditanam oleh orang penting, golongan bangsawan dan pedagang dahulu. la kaya dengan nilai tersendiri dan membawa maksud yang simbolik, estetik serta berg una terhadap ekologi sekitamya. Kawasan kajian ini dijalankan di Taman Tasik Taiping yang merupakan taman awam pertama yang dibuka oleh pihak British semasa memerintah di Malaysia serta dikenali dengan deretan pokok teduhan yang besar dan tinggi daripada spesies Pokok Hujan-Hujan (Samanea Saman). Objektif utama kajian ini adalah menentukan spesies pokok yang dikategori dan dikenalpasti sebagai pokok warisan dan mengenalpasti morfologi dan klasifikasi pokok warisan di kawasan kajian. Metodologi kajian melibatkan: (a) kajian lapangan dengan mengumpul data spesies, struktur, lokasi, fizikal dan keistimewaan pokok serta (b) prosedur pemilihan pokok warisan berdasarkan kelebaran kanopi, ketinggian, ukur lilit (circumference) dan diameter paras dada (diameter breast height - DBH) pokok. Data terse but akan dianalisa berdasarkan kategori dan kriteria (saiz, umur dan nilai sejarah) pokok yang terdapat dikawasan kajian. Kepentingan pokok warisan secara langsungnya dapat menyumbangkan pengetahuan kepada masyarakat terhadap karakter Taman Tasik Taiping. Disamping menampilkan pokok warisan sebagai membudayakan model taman awam di Malaysia. Hal yang demikian, pihak kerajaan negeri dan tempatan perlu meningkatkan dan menggalakkan pokok warisan ditanam di setiap taman awam sebagai tatapan dan faedah kepada generasi akan datang.
Pages: 219-229 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393961
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.