Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393839
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorDiah Febrina-
dc.contributor.authorChang Peng Kee-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:40:57Z-
dc.date.available2023-06-15T07:40:57Z-
dc.identifier.otherukmvital:85177-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393839-
dc.description.abstractPengamalan konsep tanggungjawab sosial merupakan satu aktiviti yang tidak dapat dielakkan dalam profesion perhubungan awam di Malaysia atau hubungan masyarakat di Indonesia. Dalam dunia pemiagaan, perusahaan yang berjaya memperoleh saham pendapat publik tidak terlepas dari memberi perhatian terhadap konsep ini. Malahan, terdapat syarat-syarat yang telah ditentukan kepada syarikat yang ingin disenaraikan dalam Bursa Malaysia adalah mempraktikkan tanggungjawab sosial korporat atau singkatannya CSR (corporate social responsibility) dengan menekankan nilai moral dan penghormatan terhadap persekitaran atau lingkungan, komuniti, pekerja dan pemegang saham. Walaupun kerajaan Indonesia belum lagi membuat pedoman yang boleh menjelaskan bentuk-bentuk kegiatan CSR untuk perusahaan di negara tersebut. Tidak kurang juga organisasi telah lama mempraktikkannya dalam bentuk peran serta dan kepedulian terhadap aspek sosial dan persekitaran. Memandangkan nilai utama dalam konsep CSR adalah melakukan kebaikan untuk semua pihak, namun penekan oleh pihak tertentu adalah berbeza mengikut kepentingan masing-masing. Persoalannya apakah perusahaan yang temama di kedua-dua negara terse but memberi fokus yang sarna kepada nilai universal ataupun menekan aspek yang dapat memberi kepentingan kepada pemiagaan masing-masing. Kajian ini membandingkan bingkai-bingkai mesej yang ditonjolkan oleh perusahaan multinasional yang ternama di Malaysia dan Indonesia. Laman web merupakan media baru yang interaktif dan memudahkan organisasi dalam penyampaian mesej kepada publik yang ingin ditujui. Analisis teks terhadap kandungan dalam laman web dua buah organisasi yang terpilih dilakukan. Prosedur analisis adalah mengikut panduan empat fungsi pembingkaian iaitu definisi konsep CSR, penyebab kepada pengamalan CSR, pertimbangan moral dalam melakukan CSR, dan penyelesaian atau aktiviti yang dijalankan. Perbandingan daJam aspek persamaan dan perbezaan dari segi persembahan teks dan grafik diteliti oleh pengkaji. Beberapa aspek bingkai mesej yang ditonjolkan memang jelas menunjukkan bagaimana sesebuah organisasi telah memberi fokus dan seterusnya membuat penghuraian yang lebih Ianjut terhadap aktiviti-aktiviti CSR. Pada ketika yang sama, terdapat juga mesej-mesej ta'sisih dari penyampaian kandungan CSR. Pembingkaian mesej merupakan strategi dalam perhubungan awam atau hubungan masyarakat, ia tidak dapat dielakkan kerana ruangan media adalah terhad dan mesej yang ingin dimuatkan dalam media haruslah padat dan tepat. Maka dari segi menentukan pandangan publik terhadap organisasi juga haruslah menekankan kepada aspek yang boleh mendatangkan kepentingan kepada organisasi tersebut.-
dc.language.isomay-
dc.publisherFakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin,Bangi, Selangor-
dc.subjectPerhubungan awam-
dc.subjectTanggungjawab sosial-
dc.subjectLaman web-
dc.titlePerbandingan bingkai-bingkai tanggungjawab sosial dalam laman web korporat Malaysia dan Indonesia-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages153 - 165 p.-
dc.identifier.callnoDS523.2.S439 2011 sem.-
dc.contributor.conferencenamePembangunan, psikologi, dan masalah sosial : Proceeding Seminar Internasional Serumpun Melayu V-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia-
dc.date.conferencedate08/06/2011-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.