Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393825
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorFatimah Abdullah-
dc.contributor.authorMohd Suhaimi Mohamad-
dc.contributor.authorSiti hajar Abu Bakar-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:40:51Z-
dc.date.available2023-06-15T07:40:51Z-
dc.identifier.otherukmvital:84965-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393825-
dc.description.abstractIsu penjagaan akan menjadi sernakin penting pada masa akan datang berikutan daripada perubahan yang melanda institusi keluarga, keadaan ekonomi semasa dan juga perubahan taraf kesihatan penduduk. Keluarga di kebanyakan tempat sedang rnengalami perubahan baik dari segi struktur mahupun organisasi berikutan peningkatan umur perkahwinan atau kecenderungan untuk membujang, jangkahayat yang meningkat, bilangan anak yang sedikit, penglibatan wan ita dalarn pekerjaan formal, dan perceraian yang meningkat. Kos hidup yang meningkat menjadi faktor utama ahli keluarga khususnya pasangan suami isteri atau ibu bapa keluar bekerja bagi memenuhi keperluan asas keluarga. Peningkatan tahap kesihatan berrnakna semakin ramai orang yang dapat hidup sehingga usia tua tetapi memerlukan penjagaan. Selain itu peningkatan pelbagai penyakit kronik dan kurang upaya turut memerlukan penjagaan yang rapi dan berpanjangan. Kebanyakan mereka terpaksa ditinggalkan kepada penjaga atau menjaga diri sendiri, Para penjaga itu pula kebanyakannya mungkin terlalu muda atau terlalu tua atau dari kalangan pembantu rumah warga asing. Bukan setakat itu sahaja, kebanyakan mereka tidak terlatih terutamanya dalam menjaga pesakit atau orang kurang upaya. Ramai di antara mereka juga berhadapan dengan masalah ekonomi terutamanya dalam menyediakan keperluan asas dan rawatan untuk pesakit di bawah jagaan mereka. Sehubungan dengan huraian di atas, kertas kerja ini akan menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi oleh penjaga tak formal. Data yang dibentangkan dalam kertas ini didasarkan kepada kajian-kajian yang telah dilakukan di beberapa tempat di Malaysia mengenai penjagaan tak formal dalam keluarga (Fatimah et el. 2009, Siti Hajar et al 2010 dan Mohamad 2010). Hasil kajian menunjukkan sokongan sosial, nilai dan hubungan kekeluargaan serta persekitaran tempat tinggal mempengaruhi penjagaan tak formal yang secara langsung bergantung pada tahap keperluan penjagaan yang berbeza.-
dc.language.isomay-
dc.publisherFakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin,Bangi, Selangor-
dc.subjectHubungan kekeluargaan-
dc.subjectPenjagaan tak formal-
dc.subjectSokongan sosial-
dc.subjectKeluarga-
dc.titleCabaran penjagaan tak formal di Malaysia: satu tinjauan-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages147 - 363 p.-
dc.identifier.callnoDS523.2.S439 2011 sem.-
dc.contributor.conferencenamePembangunan, psikologi, dan masalah sosial : Proceeding Seminar Internasional Serumpun Melayu V-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia-
dc.date.conferencedate08/06/2011-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.