Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393820
Title: | Pembangunan sumber daya manusia melalui pendidikan nonformal dalam membenteras kemiskinan di Makassar |
Authors: | Sitti Naadiah Ragayah Hj.Md. Zin Faridah Shahadan |
Conference Name: | Pembangunan, Psikologi, dan Masalah Sosial : Proceeding Seminar Internasional Serumpun Melayu V |
Keywords: | Pendidikan tidak formal -- Indonesia Kemiskinan Sumber manusia |
Conference Date: | 08/06/2011 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Abstract: | Bagi sesebuah negara yang sedang membangun termasuk Indonesia, isu dan masalah kemiskinan selalu menjadi cabaran kepada pembangunan. Salah satu usaha mengatasi kadar kemiskinan ialah menerusi peningkatan kemahiran sumber manusia dan produktivi manusia melalui pendidikan nonformal. Program ini berupaya juga mengurangi kececeran pendidikan, buta huruf, dan pengangguran. Indonesia menduduki tangga kesembilan negara yang tertinggi taraf buta huruf dan berada pada tingkat ke-l08 daripada 169 negara dari segi dari segi Indeks Pembangunan Manusianya (Human Development Index atau HDI) pada tahun 2010. Data tentang produktiviti tenaga kerja yang diterbitkan oleh Pertubuhan Buruh Antarbangsa (International Labour OrganizationlILO) 2009 menempatkan Indonesia di posisi 83 daripada 124 negara. Sementara itu, di Sulawesi Selatan, insidens kemiskinan tahun pada tahun 2010 masih meliputi 11.6% penduduk. Indeks Pembangunan Manusia (Human Development Index atau HDI) juga menunjukan masih lebih rendah. Kedudukan I Indeks Pembangunan Manusia di Sulawesi Selatan terus menu run dari nombor_17 pada tahun 1999 dikalangan provinsi-provinsi di Indonesia kepada tahap 21 pada tahun 2002 dan tahap 23 pada tahun 2005. Jumlah pengangguran di Sulawesi Selatan pada tahun 2010 mencapai 7.9 %. Keadaan ini memerlukan tindakan yang lebih serius dari pelbagai pihak dalam mengatasi permasalahan tersebut. Satu daripada dasar telah dilaksanakan untuk membendung masalah ini ialah Program Pendidikan Nonformal. Objektif kertas seminar ini adalah untuk menganalisis cabaran-cabaran dalam melaksanakan program Pendidikan Nonformal di Makassar. Maklumat yang digunakan adalah hasil temu bual dengan karyawan agensi pelaksana. Skop penulisan terhadap dua program kecekapan hidupllifeskill dan pendidikan pemerkasaan perempuan. |
Pages: | 283 - 294 p. |
Call Number: | DS523.2.S439 2011 sem |
Publisher: | Fakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin; Bangi, Selangor |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.