Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393801
Title: | Konsep dan pelaksanaan perancangan Bandar Selamat di Malaysia |
Authors: | Jamaludin Mustaffa Dr. |
Conference Name: | Pembangunan, psikologi, dan masalah sosial : Proceeding Seminar Internasional Serumpun Melayu V |
Keywords: | Bandar Selamat Perancangan bandar Pembangunan bandar |
Conference Date: | 08/06/2011 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Abstract: | Pemahaman konsep Bandar Selamat, serta pelaksanaannya dalam konteks perancangan pembangunan bandar di Malaysia adalah amat penting sarna sekali. Konsep dan idea Bandar Selamat lahir hasil daripada respons ke atas keperluan kesedaran kepentingan keselamatan awam dan meningkatnya kejadian atau perlakuan jenayah terutamanya di bandar-bandar utama di dunia, termasuk Malaysia. Dalam dekad ini kejadian jenayah dilihat sebagai suatu isu global dan menghantui kesejahteraan penghuni-penghuni kotaraya dan bandar-bandar utama. Peningkatan kadar jenayah yang seiring dengan dengan pengembangan sosio- ekonomi menjadikan aspek keselamatan awam sebagai keperluan asas dalam praktis perancangan bandar masa kini.Biarpun konsep Bandar SeJamat atau 'Safe City' bukanlah merupakan perkara baru dalam konteks kriminoJogi di negara-negara maju, namun apJikasi konsep ini dalam praktis perancangan bandar pada dekad ini dan akan datang menjadi semakin relevan dan signifikan. Apatah lagi dalam keadaan kemurangan ekonomi global yang memungkinkan kejadian jenayah semakin berJeluasa, dan daJam waktu yang sarna pihak berkuasa berdepan dengan kesukaran mengawalnya. Akhimya bandar-bandar usang yang ditinggalkan atau dianggap tidak selamat menjadi suatu fenomena baru dan cabaran besar kepada semua pihak, lebih-lebih lagi pihak kerajaan, pihak keselamatan, ahli-ahli politik, pemimpin-pemimpin masyarakat serta para perancang bandar itu sendiri. Pengalaman negara-negara maju menunjukkan pelbagai konsep dan pendekatan diketengahkan dalam memahami dan menangani isu-isu berkaitan jenayah bandar. Selain program yang berlandaskan prinsip 'prevention is better than cure', panduan-panduan berbentuk 'design issues for safe neighbourhoods', 'community policing', konsep keselamatan persekitaran, 'barrier-free environment', 'defensible space' dan sebagainya diperkenalkan. |
Pages: | 31 - 40 p. |
Call Number: | DS523.2.S439 2011 sem. |
Publisher: | Fakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin,Bangi, Selangor |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.