Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393766
Title: | Penyertaan warga tua rumah Seri Kenangan Cheras (RSKC) Selangor dalam aktiviti agama |
Authors: | Elmi bin Baharuddin Zainab Ismail Prof. Madya Dr. |
Conference Name: | Prosiding Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam Siri III 2007 |
Keywords: | Warga tua Rumah Seri Kenangan Cheras(RSKC) Aktiviti agama |
Conference Date: | 29/08/2007 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Abstract: | Pertambahan bi/angan warga tua di dunia kian meningkat se/aras dengan kemajuan yang dicapai da/am bidang kesihatan dan perubatan moden hari ini. Fenomena pertambahan penduduk warga tua di Malaysia juga dijangkakan turut meningkat sebanyak 9.9 peratus pada tahun 2020. Bermula daripada tahun 1950 pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia te/ah menubuhkan Rumah Seri Kenangan (RSK) khusus untuk penempatan warga tua. Rumah Seri Kenangan Cheras (RSKC) merupakan salah satu daripada penempatan warga tua di Selangor. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan oleh RSKC untuk warga tua seperti aktiviti agama, bersukan dan sebagainya. Kajian ini menumpukan perbincangan terhadap penyertaan warga tua da/am aktiviti agama di RSKC. Tujuan kajian ini ia/ah untuk mengena/pasti latarbe/akang dan situasi warga tua melibatkan diri da/am aktiviti agama di RSKC di samping menganalisis hubungan dan sumbangan antara penyertaan warga tua dalam aktiviti agama dengan pengetahuan agama, persepsi dan harapan. Oaripada 78 orang warga tua yang tinggal di RSKC, kajian ini telah memilih 36 orang warga tua sebagai sampeJ secara rawak mudah. /nstrumen yang digunakan da/am kajian ini ia/ah soal selidik, temubua/ tidak berstruktur dan observasi. Teknik deskriptif yang digunakan ialah kekerapan dan peratus manaka/a teknik inferensi yang digunakan ialah korelasi Pearson Product Moment dan regresi. Hasil kajian menunjukkan terdapat pelbagai latarbelakang warga tua yang mendiami RSKC, memiliki tahap pengetahuan agama, persepsi dan harapan yang tinggi, analisis korelasi yang sederhana antara penyertaan agama dengan pengetahuan agama (r = +0.772), persepsi ( r = +0.692) dan harapan (r = +0.592) yang positif dan signifikan pada p < 0.01. Manakala analisis regresi menunjukkkan terdapat sumbangan yang signifikan antara faktor pengetahuan (R= +0.648) dan persepsi (R= +0.361) terhadap penyertaan agama di kalangan warga tua di RSKC. Namun faktor harapan didapati tidak signifikan sebagai faktor memberi sumbangan terhadap penyertaan warga tua da/am aktiviti agama. |
Pages: | 373-387 p. |
Call Number: | DS35.62.K637 2007 sem. |
Publisher: | Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM,Bangi, Selangor |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.