Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393755
Title: Penglibatan non Muslim dalam sistem pemerintahan dan jawatan-jawatan tinggi politik di Malaysia : analisis hukum dan realiti
Authors: Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Conference Name: Prosiding Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam Siri III 2007
Keywords: Non Muslim
Sistem pemerintahan
Politik
Islam
Conference Date: 29/08/2007
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia adalah melibatkan rakyat yang berbilang kaum dan agama. Maka fokus permasalahan kajian ini ialah untuk mengenal pasti sejauh mana perlantikan golongan non Muslim menepati kehendak Islam. Ini disebabkan terdapat sesetengah pandangan ulama yang melarang golongan non Mus/im dari menyandang jawatan tertinggi kerajaan di sebuah negara Islam. Oleh yang demikian, kajian ini turut membahaskan beberapa topik seperti kaedah amalan zaman Rasulullah s.a.w. sehingga pemerintahan a/-Khilafat et-tslemiyyet), permasalahan dan konflik dalaman yang berlaku serta membandingkan aplikasinya dengan konteks realiti di Malaysia. Sorotan Perlembagaan Persekutuan juga menjadi perbincangan penting,kerana peruntukan perundangan merupakan kayu pengukur utama dalam menentukan sejauh mana hak dan kedudukan non Muslim terbela dalam pentadbiran kerajaan. Sehubungan dengan itu, kajian ini menggunakan bentuk penyelidikan perpustakaan yang melibatkan dua metod pengumpulan data seperti dokumentasi dan pensejarahan. Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan perbandingan, terutamanya melibatkan aspek aplikasi dalam pemerintahan di sesebuah negara Islam. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan golongan non Muslim dalam pentadbiran negara di Malaysia adalah diharuskan dan tidak bercanggah dengan kehendak syarak selagimana mereka akur terhadap etika yang telah digariskan. Sungguhpun begitu, keizinan ini bukanlah bersifat mutlak kerana ianya tertakluk kepada maslahat umum dan kebijaksanaan Ketua Negara dalam melantik dan mengawasi gerak kerja yang dilakukan oleh golongan non Muslim, di samping tidak membelakangi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syariat Islam.
Pages: 191-205 p.
Call Number: DS35.62.K637 2007 sem.
Publisher: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM,Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.