Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393719
Title: Ke arah meningkatkan amalan persaingan dalam perkhidmatan profesional di Malaysia: perspektif undang-undang
Authors: Harlina Mohamed On
Conference Name: Investment and small business development : International Seminar [on] Empowering Economy & Business in Free Trade Era
Conference Date: 13/12/2005
Conference Location: Fakultas Ekonomi, Universitas Muhammadiyah Surakarta
Abstract: Pembukaan pasaran domestik kepada profesional asing mewujudkan cabaran persaingan yang periu disahut oleh profesional tempatan. Kewujudan persaingan ini dilihat sebagai elemen penting untuk menggalakkan pertumbuhan ekonorni negara kerana ia memaksa profesional tempatan menjadi lebih efisien dan inovatif dalam meningkatkan kualiti dan memasarkan perkhidmatan mereka. Bagi menghadapi cabaran ini, undang-undang yang terkini dan seiad dengan perkembangan semasa perlu diwujudkan agar faedah daripada proses persaingan tersebut dapat dinikmati. Profesional tempatan tidak akan mampu meIaIui cabaran ini jika undang-undang yang mengawal sektor ini masih mengambil pendekatan konservatif berbanding negara-negara Iuar. Kertas kerja ini menganalisa sejauh mana undang-undang yang berkaitan telah atau akan menyekat amalan persaingan dalam perkhidmatan profesional. Walau bagaimanapun, kertas kerja ini menjuruskan skop perbincangannya kepada profesion undang-undang, perakaunan, kejuruteraan dan arkitek sahaja. Perbandingan turut dibuat dengan memjuk pengalaman dan pendekatan yang diambil oleh negara-negara luar seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Singapura dan beberapa buah negara Eropah. Memandangkan isu-isu persaingan dalam perkhidmatan profesional masih belum mendapat perhatian yang sewajamya di Malaysia, penulisan kertas kerja ini diharap dapat mencetus idea kepada para penggubal undang-undang dan badan yang mengawal profesion berkenaan dalam mempertimbangkan bentuk undang- undang yang mampu mengoptimumkan persaingan tetapi pada masa yang sarna tidak mengorbankan nilai-nilai etika profesion. Katakunci: Persaingan - perkhidmatan profesional - undang-undang PENGENALAN Pembukaan pasaran domestik kepada profesional asing mewujudkan cabaran persaingan yang perlu disahut oleh profesional tempatan. Kewujudan persaingan ini dilihat sebagai elemen penting untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara kerana ia memaksa profesional tempatan menjadi lebih efisien dan inovatif dalam meningkatkan kualiti dan memasarkan perkhidmatan mereka. Bagi menghadapi cabaran ini, undang-undang yang terkini dan selari dengan perkembangan semasa perlu diwujudkan agar faedah daripada proses persaingan tersebut dapat dinikmati. Profesional tempatan tidak akan rnampu melalui cabaran ini jika undang-undang yang mengawal sektor ini masih mengambil pendekatan konservatif berbanding negara-negara luar. Pada ketika ini, Malaysia masih belum mempunyai polisi dan undang- undang persaingan yang menyeluruh di peringkat nasional yang boleh diterima pakai oleh semua sektor ekonomi. Undang-undang persaingan hanya dilaksanakan dalam dua sektor utama iaitu sektor komunikasi dan multimedia dan sektor tenaga. Walaupun pelaksanaan polisi dan undang-undang persaingan masih belum menyeIuruh, isu-isu persaingan dalam sektor perkhidmatan profesional menambahkan Iagi cabaran kepada penggubal polisi. Mereka yang terIibat dalam sektor ini kelazimannya dikaitkan dengan latar belakang pendidikan dan latihan yang tinggi, beretika dan bertanggungjawab secara peribadi terhadap tugas-tugas yang dilakukan. Sektor ini juga dikawal rapi sarna ada oleh pihak kerajaan atau oleh badan-badan profesional melalui penguatkuasaan undang-undang ataupun peraturan- peraturan. Terdapat beberapa peraturan dalam perkhidmatan profesional yang dilihat telah membataskan atau menghapuskan persaingan di kalangan para profesional. Ini termasuklah peraturan kemasukan dan peiesenan, peraturan publisiti dan pengiklanan, peraturan berkaitan
Pages: 15 p.
Call Number: HD2341.I556 2005 sem
Publisher: Universitas Muhammadiyah Surakarta; UKM, Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.