Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/391080
Title: Kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah: isu kesahan dan kebolehpercayaan menggunakan model Rasch
Authors: Sili Rahayah Ariffin
Rosadah Abd. Majid
Anisah Alias
Suzana
Linda
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: Pemikiran kritikal
Model Rasch
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Kemahiran pemikiran kritikal merupakan kemahiran yang sangat penting bagi semua profesion. Untuk mengetahui tahap pemikiran kritikal memerlukan alat ukur yang jitu dari segi kesahan konstruk dan kebolehpercayaan. Alat ukur yang terdapat di pasaran adalah tidak tepat untuk mengukur pemikiran kritikal individu tempatan kerana terdapat bias budaya (cultural bias). Satu alat ukur perlu dibangunkan berasaskan konteks tempatan yang disokong oleh pakar kandungan dan model pengukuran dan penilaian. Kertas ini bertujuan untuk mengukur kemahiran pemikiran kritikal menggunakan pendekatan Model Rasch melalui perisian Winstep3.64.2. Soal selidik yang dibangunkan diberi nama instrumen kemahiran pemikiran kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument-MyCT). MyCT ditadbir kepada 1511 pelajar yang berumur 16 hingga 17 tahun dari pelbagai latar belakang. Instrumen ini mengandungi 62 item yang terdiri daripada 4 subkonstruk iaitu reasoning, analitikal dan logical, dispositions dan assumption. Setelah dianalisis menggunakan Model Rasch dengan perisian Winstep didapati kebolehpercayaan item bagi keempat-empat konstruk adalah tinggi iaitu di antara 0.99 dan 1.00. Kesimpulannya instrumen ini didapati amat sesuai digunakan oleh individu dan organisasi yang berminat untuk mengenal pasti tahap kemahiran pemikiran kritikal bagi keempat-empat subkonstruk kemahiran.
Pages: 52
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.