Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/391077
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorIsmail Hj Raduan-
dc.contributor.authorEffandi Zakaria-
dc.contributor.authorT, Subahan Mohd Meerah-
dc.date.accessioned2023-05-22T08:07:27Z-
dc.date.available2023-05-22T08:07:27Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/391077-
dc.description.abstractTujuan kajian adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri aktiviti kognitif serta tahap kerumitannya yang diaplikasi oleh murid berpencapaian linggi (MBT) dan orang murid berpencapaian rendah (MBR) semasa menyelesaikan masalah matematik berayat topik 'pembezaan'. Tahap kerumitan kognitif semasa menyelesaikan masalah ditentukan melalui ciri-ciri aktiviti kognitif yang digunakan bagi setiap langkah penyelesaian masalah matematik berayat yang diberi. Majoriti penyelidik bersetuju kerumitan kognitif bermaksud keupayaan memahami sesuatu situasi dari pelbagai perspektif dengan menapis elemen-elemen yang tidak relevan secara berfikiran fleksibel dan berpandangan pelbagai dimensi (Borders 1991, Beyer 1987, Nowakowski & Bunda 1984, Bloom 1976). Konsep ini mula diperkenalkan oleh Bieri (1955) dan dikembangkan CrockeH (1965). Secara ringkas, seseorang yang mempunyai tahap kerumitan kognitif yang tinggi memiliki banyak pilihan cara untuk membuat perancangan dan keputusan. Antaranya bersifat analitikal (Stewin & Anderson,1974) ,dan berjaya dalam penyelesaian masalah Montague (2003) dan Montague et al.( 2000). Mengikut Florida Department of Education (2006), tahap kerumitan kognitif dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap kerumitan kognitif rendah, tahap kerumitan kognitif sederhana dan tahap kerumitan kognitif tinggi. Menurut Silver & Lane (1995) pula, individu yang mempunyai tahap kerumitan tinggi berkebolehan untuk mengenal pasti isi tersirat, membuat inferens yang merentas maklumat. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Kaedah pengutipan data menggunakan analisis dokumen, temu bual secara mendalam dan refleksi metakognitif (menulis dan teknik AAKAN). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan teknik perbandingan berterusan (constant comparative method). Kaedah pengutipan data menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) iaitu murid tingkatan lima. Aesponden terdiri daripada empat murid berpencapaian rendah (MBA) dan empat murid berpencapaian tinggi (MBT). Kesahan dan kebolehpercayaan menggunakan teknlk triangulasi,teknik semakan peserta (member checking), teknik jejak audit (audit trail dan teknik kesahan antara pakar 'inter rater reliability menggunakan kaedah Cohen Kappa. Murid yang berpencapaian rendah (MBA) berkecenderungan menggunakan tahap kerumitan kognitif rendah kerana keperluannya hanya menterjemahkan masalah. Ini menyebabkan mereka tidak berkeupayaan membina kefahaman, tidak mencari petunjuk 'clue' masalah yang dihadapi dan tidak mempunyai unsur imaginasi mengenai perhubungan antara maklumat yang wujud dalam masalah. Murid yang berpencapaian tinggi pula berkecenderungan menggunakan tahap kerumitan kognitif yang tinggi dan digunakan untuk menterjemah masalah yang dihadapi kepada bentuk yang lebih mudah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherFaculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.subjectKognitifen_US
dc.subjectMatematiken_US
dc.subjectPembelajaranen_US
dc.titleAktiviti kognitif dan tahap kerumitan kognitif dalam penyelesaian masalah berayat matematiken_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages49en_US
dc.identifier.callnoLC65.S288 2008 semen_US
dc.contributor.conferencenameScience and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education-
dc.coverage.conferencelocationOriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor-
dc.date.conferencedate2008-12-01-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.