Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390576
Title: Metodologi penulisan Zakariyya al-Kandahlawi dalam karya al-Abwab wa al-Tarajim li Sahih al-Bukhari
Authors: Mohd. Aashif Ismail (P83824)
Supervisor: Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hadith -- Commentaries
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Aug-2022
Abstract: Salah faham terhadap maksud sebenar di sebalik tarājim al-Bukhārī merupakan suatu perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. Punca utama kekeliruan ini timbul adalah disebabkan oleh kurangnya penelitian yang menyeluruh terhadap tarājim al-Bukhārī. Kekeliruan ini cuba diatasi oleh Zakariyya al-Kāndahlawi dengan cara beliau mengarang karya yang berjudul al-Abwāb wa al-Tarājim li Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Objektif utama karya ini dikarang adalah untuk mengungkap maksud tersirat al-Bukhāri berdasarkan iḥtimāl sarjana terkemuka seperti Ibn Ḥajar al-ᶜAsqalānī, al-ᶜAinī, al-Dehlawi dan Syeikh al-Hind. Cakupan tarājim yang dibahaskan di dalam karya ini dianggap sebagai cakupan yang terbaik oleh sesetengah sarjana kini. Karya al-tarājim ini menarik perhatian ulama kontemporari. Namun begitu, metode penulisan beliau dalam menulis karya ini belum diperbincangkan secara tuntas. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti klasifikasi uṣūl al-abwāb wa al-tarājim di sisi sarjana hadis, mengkaji ketokohan dan kesarjanaan al-Kāndahlawi dalam bidang hadis dan menganalisis metode yang digunakan oleh al-Kāndahlawi dalam menulis karya al-Abwāb Wa al-Tarājim Li Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen, kaedah analisis sejarah dan teknik temu bual dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan analitik. Hasil kajian mendapati bahawa al-Kāndahlawi menggunakan dua metode utama iaitu metode tarjīḥ dan metode analisis perbandingan. Manakala daripada sudut penggunaan kaedah pula, beliau menggunakan kaedah deduktif dalam memahami tarjamah, penggunaan kaedah gabung jalin ketika berinteraksi dengan tarjamah dan penggunaan ungkapan al-aujah ᶜindī .Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa al-Kāndahlawi telah membuat penambahbaikan terhadap 14 uṣūl Syeikh al-Hind dan 20 uṣūl al-Dehlawi seterusnya menjadikan kesemua uṣūl tersebut sebagai uṣūl beliau. Daripada sudut klasifikasi terhadap uṣūl pula, kajian mendapati bahawa para sarjana sepakat bahawa keseluruhan tarājim al-Bukhari dipecahkan kepada dua klasifikasi asas iaitu al-tarjamah al-ẓāhiriyyah dan al-tarjamah al-khafiyyah. Implikasi kajian ini adalah meningkatkan tahap kefahaman masyarakat terhadap pengamalan seharian serta menghindarkan kekeliruan dan salah faham ketika berinteraksi dengan al-tarājim al-Bukhārī.
Pages: 274
Call Number: BP135.A128M843 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Metodologi penulisan Zakariyya al-Kandahlawi dalam karya al-Abwab wa al-Tarajim li Sahih al-Bukhari.pdf
  Restricted Access
Full-text4.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.