Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390572
Title: Kefahaman dan pendekatan dakwah belia Alternative Riding Club (ARC) di Selangor
Authors: Muhammad Syakir Razali (P89967)
Supervisor: Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Dr.
Keywords: Daʻwah (Islam)
Muslim youth -- Religious life -- Malaysia
Motorcyclist -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Sep-2022
Abstract: Alternative Riding Club (ARC) merupakan sebuah kelab motor yang ditubuhkan untuk menarik minat anak muda mendekati dan mengajak belia hidup berlandaskan syariat. Pelaksanaan aktiviti dakwah dalam sukan permotoran dilihat mampu untuk melahirkan golongan belia yang berakhlak mulia dan mengamalkan perintah Allah SWT serta mampu mengharumkan nama negara. Walau bagaimanapun, wujudnya kelemahan dari sudut pelaksanaan menyebabkan golongan belia, tidak turut serta dalam aktiviti dakwah yang dianjurkan. Justeru itu, kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti penubuhan Alternative Riding Club di Selangor, mengkaji kefahaman dan penghayatan ahli ARC terhadap Islam serta menganalisis pendekatan dakwah ahli ARC dalam sukan permotoran. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan. Proses pengumpulan data diperolehi melalui data primer iaitu melalui temubual manakala data sekunder diperolehi melalui semakan dokumen. Data kajian dikumpul melalui temubual berstruktur dan dianalisis secara statistik menggunakan kaedah deskriptif dan teknik tematik. Lokasi yang di pilih ialah Negeri Selangor. Hasil kajian menunjukkan kefahaman dan pendekatan dakwah di ARC Selangor menunjukkan terdapat signifikan di antara kefahaman belia dalam aktiviti dakwah melalui sukan permotoran. Hal ini kerana jiwa belia yang lebih cendorong melakukan aktiviti lasak seperti konvoi, pertandingan dan sebagainya. Di samping itu, pemboleh ubah kajian ini turut menyumbang sebagai faktor terhadap pemahaman dan penghayatan belia ARC dalam syariat Islam. Oleh itu, antara cabaran yang dilalui oleh pihak ARC dalam mengurus belia ialah cabaran mengajak orang selain bukan ahli untuk sertai aktiviti keagamaan seperti tazkirah semasa program dijalankan. Kajian ini dilihat dapat memberi sumbangan baru terhadap bidang penyelidikan dakwah dalam sukan permotoran. Implikasi kajian ini dapat memberi manfaat dalam memantapkan lagi pelaksanaan aktiviti dakwah kepada belia melalui sukan permotoran yang mampu memberi impak dalam melahirkan belia yang berwawasan serta mampu menjadi tompok pimpinan negara.
Pages: 150
Call Number: BP170.85.M8427 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kefahaman dan pendekatan dakwah belia Alternative Riding Club (ARC) di Selangor.pdf
  Restricted Access
Partial2.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.