Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390568
Title: | Penambahbaikan buku panduan ringkas ibadat umrah dan ziarah versi braille susunan Ustaz Datuk Haji Kamal Haji Muhamad |
Authors: | Sharifah Nur Hidayah Syed Harun (P95458) |
Supervisor: | Mohammad Zaini Yahaya, Dr. |
Keywords: | Muslim pilgrims and pilgrimages -- Guidebooks Braille books Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 7-Sep-2022 |
Abstract: | Keterbatasan sumber rujukan umrah yang mesra OKU penglihatan menyukarkan golongan ini bagi mendapatkan ilmu berhubung dengan pelaksanaan umrah. Hal ini membawa kepada kurangnya pemahaman OKU penglihatan terhadap ibadah umrah atas faktor sumber bahan rujukan yang terhad dalam versi Braille. Tambahan pula, kandungan buku panduan umrah yang sedia ada tidak dikhususkan untuk OKU penglihatan dan buku itu sudah lama tiada penambahbaikan serta kandungannya tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Kajian ini bertujuan bagi menganalisis kandungan buku Panduan Ringkas Ibadat Umrah dan Ziarah susunan oleh Ustaz Datuk Haji Kamal Hj Muhamad dalam membantu jemaah OKU Penglihatan untuk memahami ibadat umrah; mengenalpasti kekurangan buku Panduan Ringkas Ibadat umrah dan Ziarah susunan oleh Ustaz Datuk Haji Kamal Hj dan mencadangkan penambahbaikan terhadap buku panduan yang diperlukan dalam perlaksanaan ibadah umrah untuk golongan OKU penglihatan. Kajian ini dijalankan di Yayasan Orang Buta Malaysia, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes. Data diperoleh melalui temu bual dan kajian perpustakaan yang mana melibatkan analisis kandungan terhadap sumber yang menerangkan tentang rukhsah, hukum dan panduan ibadah umrah bagi golongan OKU penglihatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa buku panduan ini adalah kurang lengkap bagi memenuhi keperluan OKU penglihatan dalam memahami ibadah umrah. Selain itu, penerangan hukum-hakam dalam ibadah umrah juga kurang jelas. Malah, buku panduan tersebut terlalu ringkas sehingga menyukarkan mereka memahami pengisiannya, isi kandungan yang kurang lengkap dan tidak dikhususkan untuk OKU penglihatan. Cadangan untuk memperbaiki isu ini dengan menjadikan naskah khas keputusan Muzakarah Haji terkini sebagai maklumat tambahan pada buku panduan untuk golongan OKU penglihatan. Selain itu juga kajian ini mencadangkan transliterasi Arab kepada Rumi dan buku panduan umrah boleh diterbitkan dalam pelbagai medium untuk memudahkan jemaah OKU penglihatan dalam proses pembelajaran mereka. Justeru, hasil kajian ini memberi implikasi positif kepada cadangan penambahbaikan terhadap buku panduan umrah yang sedia ada untuk dijadikan sebagai satu edisi lengkap, seterusnya menyumbang kepada penambahan bahan rujukan OKU penglihatan khasnya kepada pihak berkepentingan Yayasan Orang Buta Malaysia. |
Pages: | 154 |
Call Number: | BP187.3.S535 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penambahbaikan buku panduan ringkas ibadat umrah dan ziarah versi braille susunan Ustaz Datuk Haji Kamal Haji Muhamad.pdf Restricted Access | Partial | 1.86 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.