Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390568
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammad Zaini Yahaya, Dr.-
dc.contributor.authorSharifah Nur Hidayah Syed Harun (P95458)-
dc.date.accessioned2023-05-02T00:31:37Z-
dc.date.available2023-05-02T00:31:37Z-
dc.date.issued2022-09-07-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390568-
dc.description.abstractKeterbatasan sumber rujukan umrah yang mesra OKU penglihatan menyukarkan golongan ini bagi mendapatkan ilmu berhubung dengan pelaksanaan umrah. Hal ini membawa kepada kurangnya pemahaman OKU penglihatan terhadap ibadah umrah atas faktor sumber bahan rujukan yang terhad dalam versi Braille. Tambahan pula, kandungan buku panduan umrah yang sedia ada tidak dikhususkan untuk OKU penglihatan dan buku itu sudah lama tiada penambahbaikan serta kandungannya tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Kajian ini bertujuan bagi menganalisis kandungan buku Panduan Ringkas Ibadat Umrah dan Ziarah susunan oleh Ustaz Datuk Haji Kamal Hj Muhamad dalam membantu jemaah OKU Penglihatan untuk memahami ibadat umrah; mengenalpasti kekurangan buku Panduan Ringkas Ibadat umrah dan Ziarah susunan oleh Ustaz Datuk Haji Kamal Hj dan mencadangkan penambahbaikan terhadap buku panduan yang diperlukan dalam perlaksanaan ibadah umrah untuk golongan OKU penglihatan. Kajian ini dijalankan di Yayasan Orang Buta Malaysia, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes. Data diperoleh melalui temu bual dan kajian perpustakaan yang mana melibatkan analisis kandungan terhadap sumber yang menerangkan tentang rukhsah, hukum dan panduan ibadah umrah bagi golongan OKU penglihatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa buku panduan ini adalah kurang lengkap bagi memenuhi keperluan OKU penglihatan dalam memahami ibadah umrah. Selain itu, penerangan hukum-hakam dalam ibadah umrah juga kurang jelas. Malah, buku panduan tersebut terlalu ringkas sehingga menyukarkan mereka memahami pengisiannya, isi kandungan yang kurang lengkap dan tidak dikhususkan untuk OKU penglihatan. Cadangan untuk memperbaiki isu ini dengan menjadikan naskah khas keputusan Muzakarah Haji terkini sebagai maklumat tambahan pada buku panduan untuk golongan OKU penglihatan. Selain itu juga kajian ini mencadangkan transliterasi Arab kepada Rumi dan buku panduan umrah boleh diterbitkan dalam pelbagai medium untuk memudahkan jemaah OKU penglihatan dalam proses pembelajaran mereka. Justeru, hasil kajian ini memberi implikasi positif kepada cadangan penambahbaikan terhadap buku panduan umrah yang sedia ada untuk dijadikan sebagai satu edisi lengkap, seterusnya menyumbang kepada penambahan bahan rujukan OKU penglihatan khasnya kepada pihak berkepentingan Yayasan Orang Buta Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMuslim pilgrims and pilgrimages -- Guidebooksen_US
dc.subjectBraille booksen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenambahbaikan buku panduan ringkas ibadat umrah dan ziarah versi braille susunan Ustaz Datuk Haji Kamal Haji Muhamaden_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages154en_US
dc.identifier.callnoBP187.3.S535 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode006982en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penambahbaikan buku panduan ringkas ibadat umrah dan ziarah versi braille susunan Ustaz Datuk Haji Kamal Haji Muhamad.pdf
  Restricted Access
Partial1.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.