Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390261
Title: Kesan Program Senaman Berasaskan Pedometer Terhadap Parameter Kardiovaskular Dan Indeks Kesihatan Vaskular Di Kalangan Lelaki Muda Dengan Faktor Risiko Kardiovaskular
Authors: Norsuhana Omar, Dr.
Supervisor: Nor Anita Megat, Prof Madya Dr.
Zaiton Zakaria, Prof Dr.
Keywords: Exercise--physiology
Cardiovascular Diseases
Academic Dissertations as Topic
Issue Date: 2016
Abstract: Di Malaysia, peningkatan prevalens penyakit kardiovaskular (CVD) di kalangan lelaki muda disebabkan gaya hidup sedentari dan kesedaran kesihatan yang rendah. Aktiviti fizikal yang berterusan dan saringan kesihatan mampu meningkatkan tahap kesihatan. Untuk faedah optimun, kedua-duanya memerlukan kaedah yang ringkas dan kos efektif. Faktor risiko CVD mendorong stress oksidatif, merangsang proses inflamasi yang menyebabkan disfungsi vaskular and membawa kepada CVD. Peningkatan parameter berikut: protein C reaktif bersensiviti tinggi (hs-CRP) sebagai petanda inflamasi, halaju gelombang nadi (PWV) dan indeks augmentasi (AI) sebagai petanda disfungsi vaskular boleh membantu dalam pengesanan awal kerosakan vaskular disebabkan faktor risiko CVD. Penilaian kecergasan kardiorespiratori (CRF) menunjukkan tahap kesihatan kardiovaskular. Terkini, indeks kecergasan vaskular bukan-invasif telah diperkenalkan dari isyarat fotopletismogram (PPG) jari, iaitu indeks kecergasan PPG (PPGF) yang memudahkan saringan kesihatan. Semakin tinggi nilai PPGF, semakin baik fungsi vaskular. Objektif kajian ini adalah untuk menilai kesan program intervensi senaman berjalan kaki berasaskan pedometer di kalangan pekerja dalam usaha menurunkan faktor risiko CVD dan penggunaan PPGF dalam mengesan perubahan vaskular. Seramai 70 orang lelaki muda (20-40 tahun) yang sedentari (<5000 langkah/hari) dengan 2 atau lebih faktor risiko CVD telah dikenalpasti dari IKBN Hulu Langat. Faktor risiko CVD adalah tekanan darah (BP) sistolik atau diastolik > 140/90 mmHg, ukur lilit pinggang (WC)>90 cm, merokok, dislipidemia [jumlah kolesterol (TC)>6.2 mmol/L, trigliserida (TG)≥1.7 mmol/L, lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) <1.04 mmol/L dan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL)≥4.2 mmol/L] dan sejarah keluarga penyakit CVD pramatang. Subjek dibahagikan secara rawak kepada kumpulan kawalan (CG) (n=34, tiada perubahan dalam tahap berjalan) dan kumpulan pedometer (PG) (n=36; sasaran minimum: 8000 langkah/hari). Subjek dinilai pada pra intervensi, pada minggu ke-6 dan minggu ke-12 intervensi. Pengumpulan data melibatkan pengukuran indeks jisim tubuh (BMI), WC, BP, komposisi badan, profil lipid, hs-CRP, PWV, AI, CRF dan PPGF. Pedometer dan diari harian digunakan untuk merekodkan bilangan langkah seharian dicapai oleh PG dari bangun tidur sehingga ke masuk tidur pada sebelah malamnya (lima hari dalam seminggu). Data dianalisis melalui Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS:22). Pada post intervensi, jumlah langkah seharian CG tiada perubahan signifikan (4986.50 ± 18.34 vs 5065.79 ± 53.05 langkah/ hari). Untuk PG peningkatan jumlah langkah seharian dari 4996.17± 49.09 kepada 10,128.69 ±101.19 langkah/hari (P<0.001). Untuk PG, keputusan selepas 12 minggu juga menunjukkan penurunan signifikan BMI, WC, BP, penambahbaikan profil lipid, komposisi badan dan CRF (P<0.05 untuk semua). Di samping itu, terdapat penurunan signifikan bagi hs-CRP (2.23 ± 2.32 vs 0.95 ± 1.58 mg/ L), PWV (7.22 ± 0.83 vs 6.42 ± 0.88 m/ s) dan AI (11.88 ± 6.26 vs 8.83 ± 3.71%). Tiada perubahan didapati dalam CG. Purata PPGF meningkat dalam PG dari pra (56.31 ± 8.71%) kepada post intervensi (61.93 ± 7.79%, p<0.01), tetapi tiada perubahan dalam CG. Berjalan kaki dan pemantauan kesihatan vaskular melalui PPGF merupakan teknik yang mudah, murah dan menyumbang kepada tahap kesihatan vaskular.
Pages: 56
Publisher: Fakulti Perubatan, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
DR NORSUHANA BINTI OMAR_Full pdf.pdf
  Restricted Access
615.66 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.