Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390211
Title: Pemilihan Pelajar Perubatan: Kesan Peramal Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Perubatan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: Mohamad Nurman Yaman, Dr.
Supervisor: Siti Mariam Bujang, Dr.
Nabishah Mohamad, Prof Dr.
Keywords: Education, Medical
Students, Medical
Educational Measurement
Academic Dissertations as Topic
Issue Date: 2019
Abstract: Pemilihan pelajar perubatan merupakan satu proses saringan kemasukan pelajar ke program prasiswazah perubatan. Beberapa kaedah pemilihan pelajar perubatan telah dijalankan iaitu penilaian terhadap pencapaian akademik prauniversiti, temuduga dan ujian psikometrik. Objektif utama kajian ini ialah menilai hubungan antara pencapaian peperiksaan prauniversiti, kemahiran bahasa Inggeris, temuduga dan ujian psikometrik dengan pencapaian akademik pelajar perubatan tahun satu dan peranan ujian psikometrik sebagai moderator kepada temuduga. Selain itu, satu model pemilihan pelajar perubatan akan dibangunkan berdasarkan variabel-variabel di dalam kajian ini. Satu kajian kuantitatif secara kohort telah dijalankan di Fakulti Perubatan UKM dengan menganalisis data pelajar dari proses pemilihan pelajar perubatan sesi-sesi kemasukan 2013/14, 2014/15 dan 2015/16. Data pelajar ini dianalisis secara deskriptif dan pemodelan persamaan struktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa variabel pencapaian akademik prauniversiti mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pencapaian akademik pelajar perubatan tahun satu. Variabel bahasa Inggeris pula mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pencapaian akademik pelajar tahun satu pada sesi 2013/14 dan 2014/15 manakala variabel temuduga mempunyai hubungan yang sama pada sesi 2014/15 dan 2015/16. Sebaliknya pula untuk ujian aptitud CaSIM I yang mempunyai hubungan negatif secara signifikan dengan pencapaian akademik pelajar tahun satu. Ujian personaliti 16PF pula tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar tahun satu. Hanya ujian aptitud CaSIM I sahaja yang berupaya menjadi moderator kepada variabel temuduga. Satu model pemilihan pelajar perubatan dicadangkan iaitu pencapaian prauniversiti, kemahiran bahasa Inggeris, temuduga dan ujian aptitud dijadikan sebagai variabel peramal manakala ujian personaliti dijadikan ujian profil pelajar perubatan semasa pendaftaran program perubatan. Kesimpulannya, proses pemilihan pelajar merupakan satu proses yang mempunyai taruhan yang tinggi. Selain itu penilaian secara berterusan terhadap variabel-variabel di dalam kajian perlu dijalankan untuk memastikan proses pemilihan pelajar mempunyai kadar kesahan dan kebolehpercayaan yang boleh dipertahankan keputusannya.
Pages: 59
Publisher: Fakulti Perubatan, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
DR MOHAMAD NURMAN BIN YAMAN-Done pdf.pdf
  Restricted Access
799.43 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.