Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390022
Title: Hubungan Kadmium Rambut Dengan Tahap Kawalan Darah Glukos Dalam Kalangan Pesakit Diabetes Melitus Jenis II Serta Faktor Lain Yang Berkaitan di Kangar
Authors: Sharul Rizan Ilias
Supervisor: Mohd Hasni Ja’afar, Prof Madya Dr.
Zaleha Md Isa, Prof Dr.
Keywords: Diabetes Complications
Glucose -- metabolism
Diabetes Mellitus, Type 2
Diabetes Mellitus, Type 2 -- diagnosis
Academic Dissertations as Topic
Issue Date: 2020
Abstract: Kadmium adalah logam berat yang tersebar di alam sekitar secara semulajadi atau hasil dari aktiviti manusia seperti industri, penjanaan tenaga serta sektor pertanian. Beberapa kajian menunjukkan penduduk Kangar terdedah kepada pelbagai sumber kadmium seperti padi, tanah dan makanan laut. Kadmium dikenali sebagai agen diabetes melitus dan boleh menjejaskan kawalan diabetes. Prevalen diabetes melitus jenis II di Kangar didapati telah meningkat dengan ketara dalam masa 5 tahun ini, dari 15.2% pada tahun 2011 kepada 20.6% pada tahun 2015. Kajian keratan rentas ini telah dilakukan untuk mengkaji hubungan antara tahap kawalan diabetes melitus jenis II dan kadmium rambut serta faktor lain yang mempengaruhi kawalan tersebut. Seramai 266 responden telah dipilih secara rawak mudah menggunakan senarai kehadiran klinik daripada Pendaftaran Diabetes Kebangsaan. Mereka ditemuduga untuk mendapat maklumat latar belakang, ujian darah dan sampel rambut serta maklumat pemakanan menggunakan Soal Selidik Kajian Kekerapan Pemakanan daripada Survei Pemakanan Dewasa Malaysia 2003 yang telah di validasi. Paras kadmium rambut di analisa menggunakan Graphite Furnace Atomic Absorption Spectrometer dengan kaedah British Pharmacopoeia 2013. Min kadmium rambut adalah 0.485ppm (±0.0838ppm). Seramai 21% responden mempunyai paras kadmium rambut lebih daripada piawaian iaitu 0.062ppm. Terdapat hubungan antara tahap kawalan diabetes melitus dengan tahap kadmium rambut (p=0.004). Faktor lain yang turut mempengaruhi diabetes melitus jenis II adalah paras kolesterol darah yang tinggi (p=0.002), pengambilan ubat Gliclazide (p=0.000), pengambilan ubat Insulin (p=0.000), tahap glukos darah puasa yang tinggi (p=0.000) dan pengambilan bijirin dalam diet (p=0.04). Kajian ini juga menunjukkan hubungan antara kadmium rambut dengan lokasi rumah (p=0.001), terlibat dengan pekerjaan berkaitan kadmium (p=0.004), status merokok tembakau (p=0.000), pengambilan sayur daun hijau (p=0.029), pengambilan sos cili tomato (p=0.001) dan pengambilan kicap cair (p=0.006). Kesimpulannya, terdapat hubungan antara kadmium rambut dengan tahap kawalan diabetes melitus jenis II. Hasil ini boleh digunakan sebagai panduan untuk perawatan diabetes mellitus jenis II di Perlis dan Malaysia. Kajian lanjut perlu dilakukan untuk memahami lebih lanjut risiko kadmium di kalangan pesakit diabetes melitus serta tahap sebenar kontaminasi di alam sekitar dan makanan di negara ini.
Pages: 225
Publisher: Fakulti Perubatan, UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
SHARUL RIZAN BIN ILIAS-LATEST.pdf
  Restricted Access
713.74 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.